Home Pengurusan Planner Mingguan Guru 2019

Planner Mingguan Guru 2019

by Cikgu Ayu dot My
Planner guru 2019

Lama-lama di kampung memang mendamaikan. Ada masa, curahkan idea dan sumbangkan sedikit buah tangan. Alhamdulillah, ada sedikit sumber kerajinan. Moga istiqamah untuk sentiasa memberi. Doakan. 🙂

Catatan, sama ada yang masih dalam perancangan atau yang sudah berlaku, amat penting. Kadang-kala kita lupa tentang aktiviti, acara atau program yang telah berlangsung pada minggu tersebut. Melainkan cuti, ini kita akan selalu hitung kira. 😀

Dengan menggunakan planner ini, guru dapat merancang dan membuat refleksi pengajaran secara ringkas. Guru juga dapat coretkan kesan proses pengajaran terhadap pembelajaran murid.

Planner Mingguan Guru

Planner Mingguan ini sama sahaja fungsinya dengan Label Minggu Persekolahan 2019 yang pernah saya kongsikan. Jika ada yang ketinggalan maklumat, boleh sahaja terus ke laman berikut:



Fungsi Planner Mingguan Guru

Guru-guru boleh menggunakan bahan ini sebagai pemisah antara minggu-minggu sesi pembelajaran berlangsung. Kebiasaannya, bahan ini dimuatkan dalam Fail Rancangan Pengajaran Harian (RPH) atau Fai Rekod Pembelajaran dan Pemudahcara (RPP).

Bezanya cuma planner ini mempunyai ruangan catatan harian. Guru-guru boleh mencatat cuti atau apa jua aktiviti dan program yang berlangsung pada hari tersebut.



Perincian Planner Mingguan Guru

? Format dan saiz : 

  1. Format : Microsoft Power Point  (.pptx)
  2. Saiz : A4
? Jenis Tulisan (Font) yang digunakan :
  1. Brights Diamond
  2. Nadeem
  3. Futura

Akan DikemaskiniMuat Turun DêGuru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

 

Related Posts

16 comments

zaimah December 7, 2018 - 11:06 AM

Terima kasih cg ayu atas perkongsian bahan.Semoga cg diberkati Allah selalu.

Reply
dalya December 23, 2018 - 8:13 PM

saya suka planner 2018 cg..tertunggu2 pula planner 2019. . tq cg ayu

Reply
CG ROSE December 23, 2018 - 10:21 PM

TQ CG AYU, SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA CG AYU DAN CG AYU BAHAGIA DUNIA AKHIRAT.

Reply
FADHILATUSSAADAH BINTI MOHTAR December 28, 2018 - 8:38 AM

Assalamualaikum.. Cikgu ayu.. Terima kasih atas perkongsian.. Boleh sy tahu.. Cikgu ambil bahan dari mana nk create design mcm ni? Sgt cantik

Reply
Nor Aishah Yahaya December 30, 2018 - 5:37 PM

Salam….saya amat berminat dengan planner mingguan cikgu..dengan rendah diri saya ingin tahu bagaimana saya blh dapatkan bahan tu ye….terima kasih

Reply
madzlah manap December 31, 2018 - 9:04 PM

Alhamdulillah..masih ada ihsan berjiwa mulia ikhlas berkongsi bahan kerana Allah s.w.t. Terima kasih byk2 cikgu Ayu moga sentiasa dilimpahkan keberkatan, rahmat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Reply
Jamiah January 3, 2019 - 1:53 AM

Cikgu Ayu, kak mohon untuk gunakan bahan yang cikgu sediakan. Moga Allah memberkati usaha murni cikgu ini dengan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan dirahmatiNya

Reply
Aleez January 6, 2019 - 10:31 PM

terima kasih cgu ayu ats perkongsian bahan. Semoga usaha murni cgu diberi ganjaran pahala oleh Allah swt.

Reply
Nor Aishah Yahaya January 10, 2019 - 9:10 PM

Salam..saya nak mohon perkongsian planner 2019….blh ke ckgu

Reply
cikgu siti January 12, 2019 - 6:15 PM

tq cikgu ayu saya sudah menggunakan perkongsian ini…restui saya

Reply
SARINI BINTI MD YUSUF January 25, 2019 - 11:43 AM

Assalamualaikum cikgu Ayu. Terima kasih cikgu atas perkongsin bahan. Cikgu Ayu, cikgu yang hebat dan semoga usaha anda diberkati allah.

Reply
ian Radella February 6, 2019 - 12:18 AM

tidak boleh download cikgu

Reply
nucy April 8, 2019 - 11:22 PM

It really helps cikgu Ayu.. Thank you for sharing

Reply
RodongKoi May 18, 2019 - 11:35 AM

Info berguna

Reply
Cikguzim May 28, 2019 - 5:58 AM

Thanks cikguayu

Reply
CIKGU OZANA December 21, 2019 - 12:59 AM

TERIMA KASIH CIKGU AYU ATAS PERKONGSIAN.SEMOGA DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN DIMURAHKAN REZEKI.

Reply

Leave a Reply to Nor Aishah Yahaya Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.