Home PengurusanPengakap Pingat Kecemerlangan Pendidikan Persekutuan Pengakap Malaysia

Pingat Kecemerlangan Pendidikan Persekutuan Pengakap Malaysia

by Cikgu Ayu dot My
Pingat Akademi Pengakap

Sebagai tanda penghargaan dan penghormatan yang tinggi kepada ahli-ahli pengakap yang outstanding dalam dunia kepengakapan dan juga akademik, Pihak Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganugerahkan Pingat Kecemerlangan Pendidikan kepada ahli pengakap yang berkelayakan. Pingat ini juga dikenali sebagai Pingat Akademi Pengakap. Pingat-pingat ini telah diilhamkan oleh YBhg. Dato’ Seri IJAZAH Paduka Ketua Pengakap Negara dan dizahirkan pada tahun 2009.

Proses Penganugerahan Pingat Kecemerlangan Pendidikan

Ahli Pengakap yang layak akan dicalonkan oleh pemimpin kumpulan dan mendapat sokongan daripada Pesuruhjaya Daerah dan pesuruhjaya Pengakap Negeri. Pencalonan ini kemudiannya akan dipanjangkan  ke Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia untuk dinilai melalui satu persidangan.

Upacara penganugerahan pingat ini akan dilaksanakan dalam majlis khas  ataupun melalui majli, upacara-upacara atau mesyurat-mesyuarat peringkat Negara atau Negeri.

Kategori Pingat Kecemerlangan Pendidikan Persekutuan Pengakap Malaysia

Penghargaan ini diberikan dalam bentuk pingat dan sijil. Penganugerahan ini tidak terhad kepada mana-mana unit dalam persaudaraan Pengakap. Kategori penerima adalah mengikut pencapaian ahli dalam:-

  • Ijazah
  • Diploma
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Peperiksaan Tingkatan Tiga (PT3)
  • Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Keistimewaan Pingat Kecemerlangan Pendidikan Persekutuan Pengakap Malaysia

Antara keistimewaan pingat ini ialah, ahli dapat membawa satu pengenalan khas, iaitu riben pingat yang tertulis tahap pencapaiannya tertera dan dipakai seperti riben-riben anugerah yang lain. Pingat ini juga boleh dipakai sehingga menjadi pemimpin seterusnya tersusun selepas riben pingat 100 tahun.

Permohonan Pingat Kecemerlangan Pendidikan Persekutuan Pengakap Malaysia

  1. Pencalonan hendaklah menggunakan BORANG PPM PKP1.
  2. Calon mesti Warganegara Malaysia. Merupakan Ahli Pengakap yang Kumpulannya berdaftar. Sertakan salinan Kad Keahlian.
  3. Keputusan peperiksaan semasa dan sertakan salinan keputusan peperiksaan yang telah disahkan.
  4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pemimpin Kumpulan.
  5. Borang pencalonan hendaklah diisi lengkap dengan maklumat tepat. Telah mendapat tandatangan Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
  6. Borang Pencalonan hendaklah dihantar kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang menyerahkan kepada Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.
  7. Borang Pencalonan yang tidak lengkap, maklumat tidak tepat dan tidak mengikut syarat tidak akan dilayan.

Sumber Gambar: Scouts SKTDJ

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.