Home Pengurusan SPS | Sistem Pengurusan Sekolah

SPS | Sistem Pengurusan Sekolah

by Cikgu Ayu dot My
SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
Untuk mendaftar masuk laman SPS, sila klik pautan Berikut:
SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu:
Pengurusan Maklumat Sekolah – Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim – Pengurusan Pentadbir Sistem – Pengurusan Staf – Pengurusan Murid – Pengurusan Sistem Rumah – Pengurusan Jadual Waktu – Pengurusan Asrama – Pengurusan Kehadiran – Pengurusan Kedatangan Murid – Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling – Pengurusan Buku Teks – Pengurusan Disiplin – Pengurusan Kurikulum -  Pengurusan Kandungan – Pengurusan Program Nilam – Pengurusan Peperiksaan – Pengurusan Kokurikulum – Pengurusan Laporan – Pengurusan Utiliti – Pengurusan e-Cuti.

Hampir 100% aplikasi pengurusan sekolah yang sebelumnya telah dirangkum ke dalam sistem ini. Moga dengan adanya sistem ini, tugasan guru akan semakin berkurangan.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.