Kenali Penulis

Penulis dan pengelola blog Cikgu Ayu dot My merupakan seorang guru yang telah berkecimpung dalam dunia blogging sejak April 2009 dan pernah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Educational Blogging peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris. Blog ini merupakan blog kedua yang memberi fokus kepada perjalanannya dalam litar pendidikan.

Mendapat latihan perguruan peringkat Sarjana Muda di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan pada tahun 2007 sehingga 2012 dan kini melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Putra Malaysia.

Beliau meminati bidang grafik sejak di bangku sekolah melalui penglibatan sebagai anggota redaksi majalah sekolah dan menjadikan bidang grafik subur dalam bidang pendidikan sebagai salah satu medium pengajaran dan penyampaian maklumat yang utama dalam kariernya.

Jangan lupa kongsi bersama rakan:
Share on FacebookShare on Google+Email this to someoneTweet about this on TwitterPin on Pinterest