‘Parking Lot’ dalam Kelas Abad Ke-21

19
19061

Penggunaan Parking Lot tidak asing bagi sekolah-sekolah amanah yang telah memulakan sistem Pembelajaran Abad Ke-21 sejak tahun 2012. Penggunaan Parking Lot ini sangat berguna pada masa-masa tertentu dan juga dalam keadaan-keadaan tertentu.

Penglibatan Murid

Apabila murid tidak sempat mengemukakan soalan secara langsung di dalam kelas, tidak kiralah atas alasan kekangan masa ataupun masalah kurang keyakinan diri mereka. Pada ketika ini, murid boleh menyuarakan maklum balas mereka dengan menampal sebarang soalan, idea, masalah, kebimbangan, keperluan atau apa sahaja yang dirasakan perlu untuk memajukan diri mereka. Jangan lupa sediakan sticky notes untuk murid-murid.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Selain daripada dapat memotivasikan murid dengan memberikan hak kepada mereka menyuarakan maklum balas dalam pengajaran dan pembelajaran, guru juga mendapat manfaat yang lebih besar dalam menyusun sesi pembelajaran yang seterusnya. Apa yang penting ialah kemenjadian murid. 🙂

Poster Parking Lot ini merupakan salah satu koleksi Poster Premium yang diiklankan di blog ini, namun kami berbesar hati untuk kongsikan softcopy secara percuma sekiranya artikel ini mencecah bilangan 1000 kongsi di Facebook.

Kongsikan artikel ini di Facebook anda, moga lebih ramai yang mendapat manfaat. 🙂

19 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.