Jadual Tugasan Murid di dalam Bilik Darjah

Cikgu Ayu dot My

January 7, 2014

Musim guru-guru kelas berkalut siapkan jadual bertugas di dalam bilik darjah. Saya sekadar membantu rakan-rakan guru menyiapkan jadual tugasan tanpa penat-penat kerah idea. Boleh muat turun template di bawah. Saya sediakan secara percuma.

Mengurus keadaan fizikal merujuk keadaan fizikal bilik darjah meliputi penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah amatlah penting. Penyediaan jadual tugasan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

Keadaan bilik darjah yang bersih dan kondusif merupakan satu keperluan asas bagi memaksimumkan tumpuan murid-murid dalam bilik darjah.

Jadual tugasan kerja diperlukan untuk memastikan suasana kelas sentiasa dalam keadaan teratur, ceria dan bersih. Dengan mematuhi jadual ini juga, diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bertanggungjawab dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah.

Sumber gambar: Kinders On The Block

Muat turun jadual tugasan murid di dalam bilik darjah.
Muat-Turun

14 thoughts on “Jadual Tugasan Murid di dalam Bilik Darjah”

  1. assalamualaikum cikgu ayu.. trm ksh byk sbb sudi share dgn kami bahan2 yg ada.. semoga cikgu ayu dimurahkan rezeki dan diberkati hidup oleh Allah s.w.t..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.