Doodle Murid Sekolah Comel

Cikgu Ayu dot My

December 1, 2015

Hasil daripada tutorial FizGraphic, saya cuba juga untuk menggunakan pentool. Niatnya nak buat punchcard untuk murid-murid dalam kelas saya, sebab itulah warna baju uniformnya pelbagai; mengikut jawatan yang disandang.

Jika ada mana-mana guru kelas baharu yang ingin memanfaatkan bahan ini, ciptalah sudut atau ruang carta kehadiran dalam kelas. Ini memudahkan guru-guru subjek mengenal pasti murid yang hadir atau tidak hadir. Murid yang hadir juga lebih bersemangat untuk meletakkan punch card mereka dalam ruangan hadir.

Jika ada yang berminat untuk dapatkan salinan lembutnya (softcopy), boleh sertai Telegram CikguAyu.My sebagai tanda sokongan hasil kerja saya. Kita jumpa di Telegram ya!

JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My

Muat Turun Doodle Murid Sekolah Comel

Bahan ini disusun menggunakan Microsoft Word untuk memudahkan rakan-rakan daripada pelbagai latar kemahiran menggunakannya dengan mudah.. Boleh juga klik pautan di bawah untuk memuat turun bahan:


Muat turun, masukkan nama anak-anak murid cikgu, cetak, potong, laminate dan tampal pada carta kehadiran dalam kelas!

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan melalui artikel Doodle Murid Sekolah Comel ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang sedang mencari bahan berkaitan. Saya percaya, bila bekerjasama, kerja kita akan jadi lebih mudah.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂

49 thoughts on “Doodle Murid Sekolah Comel”

  1. Assalamu’alaikum..
    Salam perkenalan dan persahabatan dr sy yg sama dlm kerjaya guru.
    Semoga boleh dikongsi segala ilmu yg manfaat.
    Good Luck!!

    Reply
  2. TERIMA KASIH CIKGU AYU DI ATAS PERKONGSIAN BHN2 PERSEKOLAHAN UNTUK GURU. SAYA GUNA DAN SY AMBIL. THANKS A LOT. SEMOHA ALLAH MERAHMATI ANDA SELALU. AMIIN.

    Reply
    • dbI have been absent for some time, but now I remember why I used to love this blog. Thanks , I will try and check back more frneyqetlu. How frequently you update your web site?

      Reply
  3. Assalamualaikum cgu Ayu,
    akak share bahan dri cgu yer.Mohon halalkan n moga dbrikn ganjaran pahala dri Allah, Aamiin.tksih sgt.

    Reply
  4. Assalamualaikum Cikgu Ayu.
    Mohon muat turun doodle comel ini ya.
    Terima Kasih atas kesudiaan berkongsi dan mohon dihalalkan bahan yang saya muat turun ya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.