Home Pengurusan Transisi Tahun 1 2021 dalam Kebiasaan Baharu

Transisi Tahun 1 2021 dalam Kebiasaan Baharu

by Cikgu Ayu dot My
Buku Program Transisi Tahun 1 2021

Transisi Tahun 1 2021 kali ini dilaksanakan dalam kebiasaan baharu. Pastinya banyak penambahbaikan yang yang akan dititikberatkan. Semoga rakan-rakan seperjuangan dapat mengharunginya dengan baik dan teratur.

Program transisi tahun satu ini merupakan satu usaha untuk membiasakan murid dengan keadaan baharu. Semasa di prasekolah dan tadika, mereka mendapat pendidikan tidak formal. Melalui inisiatif inilah guru-guru akan membawa mereka ke alam pendidikan formal.

Kit Transisi Tahun 1 2021

Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerbitkan Kit Transisi Tahun 1 untuk panduan guru-guru. Melalui kit inilah kita dapat menyusun program ini dengan lebih baik. Insha-Allah.

Berikut merupakan kandungan Kit Transisi Tahun 1 yang telah dikongsikan BPK pada hari ini:

  1. Rukun Negara
  2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  3. Definisi Kurikulum Kebangsaan
  4. Kata Alu-aluan
  5. Pengenalan
  6. Peranan dan Tanggungjawab
  7. Garis Panduan Persediaan
  8. Modul Orientasi
  9. Modul Pengajaran dan Pembelajaran
  10. Lampiran
    • Contoh Aktiviti Suai Kenal
    • Contoh Aktiviti Pembelajaran
    • Contoh Brosur

Brosur Transisi Tahun 1 2021

Brosur atau phamplet juga disediakan oleh BPK untuk kegunaan sekolah. Brosur ini mengandungi maklumat berkaitan Program Transisi Tahun 1 bagi tahun 2021. Boleh muat turun melalui pautan yang disediakan di bawah.

Brosur Transisi Tahun 1
Phamplet Transisi Tahun 1

Saya juga ingin menyumbangkan sedikit bahan untuk program ini. Jika bermanfaat, mohon untuk gunakan di sekolah masing-masing. Itulah juga yang saya harapkan jika Allah ganjarkan pahala daripada usaha ini.

Buku Program Transisi Tahun 1 2021

Buku program transisi tahun 1 ini saya sediakan dalam format yang boleh diubah suai kandungannya – editable. Jika tidak menggunakan buku program, guru-guru boleh gunakan sebagai muha hadapan mana-mana dokumen.

Contohnya laporan transisi tahun 1, modul transisi tahun 1, dokumentasi transisi tahun 1 dan sebagainya. Klik pautan untuk muat turun bahan-bahan berikut:

Penutup

Semoga dengan perkongsian Kalendar 2021 dalam format PDF dan PNG ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan guru, ibu bapa dan murid-murid yang masih setia ke blog ini. Terima kasih atas sokongan semua.

 Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My

Related Posts

2 comments

CIKGU NORA January 15, 2021 - 12:23 AM

TERIMA KASIH CIKGU AYU ATAS PERKONGSIAN BAHAN TRANSISI YANG AMAT LENGKAP..
SAYA MOHON HALALKAN UNTUK MENGGGUNAKAN BAHAN YANG CIKGU SEDIAKAN. SEMOGA ALLAH BERKATI HIDUP CIKGU DUNIA AKHIRAT DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. AMIN….

Reply
Azizah J March 5, 2022 - 9:39 AM

Makasih perkongsian yg sgt2 membantu. Mnta halalkan ilmunya ya.

Reply

Leave a Reply to CIKGU NORA Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.