Home Info Guru Terkini: Keputusan Pertukaran Guru Jun 2017

Terkini: Keputusan Pertukaran Guru Jun 2017

by Cikgu Ayu dot My

Permohonan Pertukaran 20,470 orang guru (4.8%)  daripada 430,000 orang guru seluruh Malaysia memohon pertukaran antara negeri. Daripada jumlah permohonan tersebut, jumlah yang DILULUSKAN permohonan pertukaran guru berkenaan bagi bulan Jun 2017 adalah seramai 2,825 (13.8%) orang. Ia melibatkan sejumlah 1,824 (15.5%) permohonan bagi sekolah rendah dan sejumlah 1,001 (11.5%) permohonan bagi sekolah menengah seluruh negara. Antara alasan pertukaran yang telah dipertimbangkan, majoritinya adalah seperti berikut:

  1. Duka Lara (80.0 % berjaya)
  2. Tempoh Perkhidmatan (5.9 % berjaya)
  3. Permohonan Bersama (5.9% berjaya)
  4. Masalah Kesihatan (1.3 % berjaya)
  5. Ancaman Keselamatan (0.5 % berjaya)
  6. Alasan-Alasan Lain (6.3 % berjaya)

Saya mendoakan agar guru-guru yang memohon akan dipermudahkan segala urusan mereka, tidak kiralah sama ada pertukaran diluluskan ataupun sebaliknya. Semoga Allah sentiasa payungi dengan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang berpanjangan dalam apa juga keadaan sekalipun.

 

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.