Home Grafik Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2020

Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2020

by Cikgu Ayu dot My
logo hari kebangsaan 2020

Tema dan logo Hari Kebangsaan 2020 saya kongsikan untuk kegunaan guru-guru menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2020. Logo ini telah diperkenal oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada 10 Julai lalu.

cPastinya nilai patriotik adalah tunjang perpaduan di negara berbilang kaum ini. Kehidupan yang aman makmur tidak akan mampu digapai sekiranya rakyat tidak berganding bahu menjaga keharmonian negara.

Tema Hari Kebangsaan 2020

Tema Hari Kebangsaan 2020 ialah Malaysia Prihatin. Pemilihan tema ini mengambil kira keadaan semasa negara yang menyaksikan pelbagai pihak berganding bahu memerangi Virus Korona (COVID-19).

Tema ini juga merujuk kepada kecaknaan kerajaan dan pemimpin negara yang konsisten melaksanakan pelbagai usaha merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.

Logo Hari Kebangsaan 2020

Logo kali ini mendapat sangat mendapat tempat di hati rakyat. Penggunaan warnanya adalah gabungan warna-warna daripada Jalur Gemilang.

Bentuknya pula disusun dalam lakaran hati, mempunyai unsur Jalur Gemilang dan juga bunga kebangsaan negara, iaitu bunga raya.

Gambar di atas merupakan panduan penggunaan logo Malaysia Prihatin yang digunakan pada latar yang berbeza warnanya.

Penerangan dan Maksud Logo Malaysia Prihatin

  • LOGO BERBENTUK HATI Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.
  • WARNA BIRU TUA Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
  • BULAN SABIT Islam adalah agama bagi persekutuan.
  • BINTANG PECAH 14 Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
  • 7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
  • STIGMA BUNGA RAYA Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.
  • 5 TITIK MERAH Sebagai simbolik kepada 5 kelopak Bunga Raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

Panduan penggunaan Logo Hari Kebangsaan 2020

Warna memainkan peranan yang penting untuk memastikan keseragaman identiti korporat lebih tersusun, kemas dan efektif. Kebiasaannya kita akan menggunakan logo ini di atas latar warna yang pelbagai.

Ilustrasi di bawah disediakan ini adalah di antara beberapa contoh pembentukan logo dalam pelbagai versi warna terhadap penggunaan latar belakang yang berwarna gelap, cerah dan terang.

logo hari kebangsaan 2020 png

Muat Turun Logo Hari Kebangsaan Negara 2020

Logo Hari Kebangsaan Negara boleh dimuat turun melalui Telegram Channel Cikgu Ayu dot My (@cikguayudotmy). Logo ini disediakan dalam format PNG tanpa latar belakang (background) putih untuk memudahkan urusan guru-guru. Klik untuk muat turun:

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.