Home Dunia Pendidikan Takwim Persekolahan KPM 2021

Takwim Persekolahan KPM 2021

by Cikgu Ayu dot My
Takwim Persekolahan 2021 takwim sekolah kpm

Berdasarkan takwim Pembukaan penggal pertama bagi tahun 2021 yang telah dimuktamadkan, Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka pada Rabu, 20 Januari 2021.

Tarikh Pembukaan Sekolah 2021

Tarikh pembukaan ini diguna pakai bagi semua sekolah di serluruh Malaysia. Berdasarkan tarikh baharu ini, sekolah akan dibuka jauh lebih lewat daripada tahun-tahun sebelumnya.

▶️ Rabu, 20 Januari 2021

Meskipun cuti pada tahun ini dipendekkan, perkhabaran ini merupakan berita baik memandangkan ada rakan-rakan guru yang bertugas di Borneo tidak berkesempatan untuk meluangkan masa yang lama di kampung.

Takwim Persekolahan Kumpulan A 2021

Takwim persekolahan 2021 bagi Kumpulan A yang melibatkan sekolah-sekolah negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Takwim Persekolahan Kumpulan B 2021

Takwim persekolahan 2021 bagi Kumpulan B yang melibatkan sekolah-sekolah negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Muat Turun Takwim Persekolahan 2021

Rakan-rakan guru boleh memuat turun Takwim Persekolahan 2021dalam format PDF menerusi Telegram Cikgu Ayu dot My @cikguayudotmy.

Hari Ganti Persekolahan

Hari ganti adalah hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah bagi menggantikan hari yang pendidikan tidak dapat dijalankan atas apa-apa sebab yang diluluskan oleh Pendaftar.

Hari ganti persekolahan bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan A boleh diambil daripada mana-mana hari Sabtu minggu ke 2 atau ke 4 dalam mana-mana bulan pada tahun 2021 jika guru besar atau pengetua mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang dari satu ratus sembilan puluh (190) hari.

Related Posts

2 comments

Hilmas Petekep January 21, 2021 - 2:50 PM

Helpful…tq so much.

Reply
suhaila July 6, 2021 - 5:29 PM

POHON SHARE YE CG AYU

Reply

Leave a Reply to suhaila Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.