Home Pengurusan Surat Gantian Buku Teks SPBT

Surat Gantian Buku Teks SPBT

by Cikgu Ayu dot My
buku teks spbt kpm

Penerimaan buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah bermula pada tahun 1975. Skim ini melibatkan semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi memastikan sistem pendidikan negara yang lebih berpandu.

Kepentingan Buku Teks SPBT

Bebanan kewangan tidak akan menjejaskan pendidikan anak-anak dengan adanya buku teks SPBT. Semua murid yang tidak berkemampuan dari segi kewangan tiada alasan untuk mendapatkan buku teks. Hal ini dapat mengelakkan keciciran.

Tanggungjawab Guru dan Murid

Setiap guru, khususnya guru pengurus SPBT dan guru kelas perlu memastikan semua murid telah mendapat buku teks yang sewajarnya untuk pembelajaran mereka.

Murid dengan bimbingan ibu bapa pula perlu menjaga buku teks sebagai satu amanah yang besar. Memandangkan buku tersebut akan diwarisi oleh murid pada tahun-tahun akan datang, buku perlulah dibalut dan dijaga dengan rapi.

Kerosakan Buku Teks SPBT

Hal yang mendukacitakan adalah kerosakan dan kehilangan. Buku teks yang rosak perlu dibaik pulih. Sekiranya keadaan terlalu uzur, ibu bapa perlu menggantikan buku tersebut dengan buku yang baharu.

Surat Gantian Buku Teks SPBT (Ibu Bapa)

Kehilangan buku teks juga perlu gantian untuk mengelakkan timbul masalah bagi pengguna tahun berikutnya. Ibu bapa perlu membeli buku gantian di kedai-kedai buku berhampiran untuk menggantikan yang hilang.

Sekiranya sukar untuk mendapatkan buku gantian akibat stok terhad atau kesukaran capaian pasaran, ibu bapa perlu membuat gantian wang ringgit sejumlah harga yang tertera pada buku tersebut.

Surat Gantian Buku Teks SPBT (Guru)

Guru penyelaras SPBT boleh memohon untuk membuat tuntutan gantian akibat kerosakan penjilidan. Surat ini perlu dihantar kepada

Related Posts

1 comment

Fadilah bt Mohamad Nawi January 25, 2021 - 11:09 AM

Assalamualaikum.Cikgu
Stok buku muzik tahun 4 2020 ada tak

Reply

Leave a Reply to Fadilah bt Mohamad Nawi Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.