Dunia Pendidikan

Subjek Baharu Diperkenalkan untuk Murid Tahun 4 2014

Mulai awal 2014 murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baharu, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Berikut adalah pengenalan mengenai tiga subjek berkenaan.

1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)

Subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.

2. Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan.

3. Subjek Sejarah

Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat.

Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.

Related posts

Pantang Larang Menggunakan Logo KPM Yang Baharu

Cikgu Ayu dot My

Semakan Keputusan Permohonan IPG 2018 – Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Cikgu Ayu dot My

Cara dan Panduan Permohonan Guru Ganti

Cikgu Ayu dot My

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.