Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 setelah berakhirnya Pilihanraya Umum Ke-14 minggu lalu. Ini merupakan kali kedua Tun menyandang jawatan tersebut setelah berkhidmat buat pertama pada tahun 1981 sehingga 2003. Berikut saya senaraikan juga menteri-menteri baharu di bawah tampuk kepimpinan Pakatan Harapan bermula tahun ini.
Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad
Timbalan Perdana Menteri
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Menteri Kewangan
Lim Guan Eng
Menteri Dalam Negeri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pertahanan
Mohamad Sabu
Menteri Pendidikan
Tun Dr Mahathir Mohamad
Hal Ehwal Wanita Dan Kebajikan
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke masa, berikutan pelantikannya yang dilaksanakan secara berperingkat. Moga sektor pendidikan ini menjadi lebih cemerlang dan guru-guru di seluruh Malaysia mampu memberikan khidmat terbaik kepada anak-anak bangsa.