Home Dunia Pendidikan Seminar 3i Anjuran Google: 200% Berbeza!

Seminar 3i Anjuran Google: 200% Berbeza!

by Cikgu Ayu dot My

Seminar 3i merupakan satu program anjuran rangkaian gergasi Google dan julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dengan menghimpunkan warga pendidikan daripada pelbagai latar belakang. Seminar 3i yang berlangsung selama 3 hari ini nyatanya sangat berbeza daripada seminar-seminar yang saya sertai sebelum ini. Berikut merupakan butiran program:

Nama Program  : Seminar 3i [Ilmu.Intergrasi.Inovasi]
Tarikh                 : 19 dan 20 September 2015
Masa                  : 7.00 Pagi – 4.00 Petang
Tempat               : Brickfields Asia Collage, Petaling Jaya.

Antara perbezaannya?

  1. Perkongsian ilmu yang sangat banyak dengan menampilkan individu berprofil hebat, pakar-pakar pendidikan tempatan, namun penyertaan peserta adalah PERCUMA!
  2. Dapat melihat dunia pendidikan daripada pelbagai perspektif berbeza, sama ada melalui perkongsian daripada penceramah atau sesama peserta.
  3. Dihadiri oleh peserta-peserta daripada pelbagai latar belakang dalam bidang pendidikan yang sangat proaktif dan positif, bercerita sesama peserta pun dah dapat banyak pengetahuan baharu!
  4. Ratusan unit hadiah melalui kuiz dan cabutan bertuah. Paling bertuah boleh dapat Chromebook!
  5.  Sarapan, makan tengah hari dan minum petang ditaja sepenuhnya oleh penganjur.
  6. Pelbagai goodies seperti sticker note, notebook, pen, Cardboard VR Glasses dan banyak lagi!
  7. Bila tamat program pada jam 4.00 petang, 20 September, peserta rasa bagai ia baru bermula 5 minit yang lalu. Wow!
  8. Banyak sesi, bengkel, dan unconference dijalankan dan ada antaranya berlangsung serentak. Peserta hanya perlu pilih sesi, bengkel atau unconference yang mereka minat!

Seminar 3i

Antara topik menarik yang mampu membuka minda peserta:

  1. ‘Blended Learning’ & Teknologi di dalam Kelas oleh Jasbirizla Ilia Zainal Abidin.
  2. Amazing Race in the Classroom oleh Ng Mei Eng.
  3. Automatic Grading with Flubaroo and Camscanner oleh Mohamad Yassir Hamidun.
  4. Banyaknya Kertas: Mengurangkan Beban Pemarkahan dan Kerja Sekolah.
  5. Cara-cara Mengembangkan PLN/C (Personal Learning Network/Community).
  6. Chalk & Talk vs. Penggunaan Teknologi dalam Kelas.
  7. Chrome Extensions & Applications oleh Normie Azura Abdul Jamil.
  8. Connecting to Global Professionals: An Alternative Teacher Professional Development oleh Charles Choong.
  9. Cool Google tools to help with English oleh Martin McKay.
  10. Creating a Collaborative Atmosphere with Technology oleh Nazira Roslee.
  11. Crowdfunding: Mengumpul Dana dari Komuniti untuk Projek Pendidikan.
  12. Discovering My Hometown with Google Apps oleh Ang Kong Yew.
  13. Do You Think iThink? oleh Khairul Anwar Sharin.
  14. Drawzania Workshop oleh Dr. Ruzaimi Mat Rani.
  15. Everyone Communicates, Few Connect – How to Build Relationships for Learning oleh Dr. Teh Su Thye.
  16. Flipping the Classroom with YouTube oleh Mohamad Yassir Hamidun.
  17. Get Connected with Hangouts on Air! oleh Tan Shin Yee.
  18. Google for Education Certifications for Teachers oleh Philip Tanpoco.
  19. Google Hangouts & Dunia Luar.
  20. Google Maps & Streetview – Ada Guna Dalam Kelas?
  21. Hands On Fun for English Classrooms oleh Martin McKay.
  22. Hangouts: Keeping In Touch with the World oleh Tan Shin Yee.
  23. Hoot Your Answer! oleh Nur Afiqah Suhaimi.
  24. Hyper Up Your Gadget oleh Mohd. Ariff bin Badarudin.
  25. Instilling 21st Century Skills in the Classroom oleh Lien Shariatmadari.
  26. Is Lifelong Learning Making a Difference? oleh Rani Wemel.
  27. It’s More Than Just Maps oleh Stephanie Yap Su Chen.
  28. Kepentingan Kepimpanan Sekolah untuk Kejayaan Guru.
  29. Kolaborasi Antarabangsa di dalam Arena Pendidikan.
  30. Laman Inovasi dalam Frog VLE oleh Mohd. Hanif Zaimar.
  31. Let CASPER Give Your Presentation a New Face Lift oleh Kan Fong Kuen.
  32. Masalah Tahap Kemahiran Murid dalam Membaca and Mengira.
  33. Menggunakan Teknologi untuk memudahkan Pelaporan.
  34. Merging Saves Lives oleh Adnin Azmi.
  35. Modern Education is Collaborative oleh Florence Wan & Shahrina Shueb.
  36. Organized & Synchronized with Google Calendar oleh Ng Joo Hui.
  37. Pembangunan Profesional Guru Alaf Baru.
  38. Pembelajaran Di Luar Kelas.
  39. Penggunaan Chromebook di Sekolah.
  40. Penggunaan Peranti dengan Pelajar untuk Projek Berkumpulan.
  41. Plan from Scratch oleh Alina Amir.
  42. Pop-Rocket Workshop oleh AstroX.
  43. Teknologi dalam Ko-kurikulum.
  44. Virtual Reality: Penggunaan di dalam Kelas?
  45. Virtual Tours using MyMaps oleh Sarah Green.
  46. You Can Change Malaysian Education oleh Edmond Yap.
  47. 雲端使英語學習更容易 (Making Learning English Easier with the Cloud) oleh Anita Larmour.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.