Home Mohon dan Semak Online Semakan Potongan ANGKASA, Pinjaman dan Bukan Pinjaman

Semakan Potongan ANGKASA, Pinjaman dan Bukan Pinjaman

by Cikgu Ayu dot My
Cara Semak Potongan Gaji Angkasa - Cikgu Ayu dot My

Beberapa hari lalu saya cuba buat semakan potongan ANGKASA. Ramai yang tertanya-tanya, “bagaimana cara untuk buat semakan Angkasa? Apakah yang dimaksudkan potongan ANGKASA bukan pinjaman?

ANGKASA merupakan akronim kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 12 Mei 1971 di bawah Ordinan Koperatif 33/1948. ANGKASA ditubuhkan hasil daripada cadangan Kongres Kerjasama Kedua yang dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

ANGKASA telah diangkat sebagai sebuah koperasi yang mewakili gerakan koperasi seluruh Malaysia. Pada 23 Mei 1996, perisytiharan pengiktirafan ini telah diwartakan.

Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA)

Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem potongan koperasi dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu satu saluran demi memudahkan urusan potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan (yang berdaftar dengan BPKP)

Khidmat BPKP adalah memberi kemudahan kepada koperasi dan lain-lain organisasi mengutip bayaran dengan cara lebih bersistematik dan terjamin.

Sistem ini juga memudahkan anggota koperasi untuk membayar baLik semua anjuran pinjaman atau lain-lain tuntutan kepada koperasi atau organisasi lain melalui sekali arahan.

Manfaat Potongan Gaji (BPKP)

Berikut merupakan faedah atau manfaat potongan gaji BPKP:

  • Perkhidmatan adalah PERCUMA.
  • Majikan tidak perlu berurusan dengan pelbagai koperasi, agensi dan syarikat kewangan berkepentingan kerajaan.
  • Bayaran potongan dihantar dan diproses oleh BPKP.
  • Majikan HANYA perlu menguruskan tuntutan potongan BPKP untuk kakitangan yang meliputi semua jenis potongan dengan koperasi, agensi dan syarikat kewangan berkepentingan kerajaan melalui SATU penyata (media berkomputer).
Semakan Potongan ANGKASA, Pinjaman dan Bukan Pinjaman

Cara Semakan Potongan ANGKASA

Terdapat EMPAT (4) cara untuk membuat semakan potongan gaji dengan ANGKASA.

  • Hubungi terus melalui talian +603 – 7802 24002
  • Semakan melalui emel : [email protected] atau [email protected]
  • Melalui surat. Hantarkan ke alamat:
    Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan, Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS6/1, Peti Surat 8799, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor
  • Semak di KIOSK. Terdapat 24 unit kiosk SPGA di seluruh negara. Untuk senarai penuh kiosk, sila klik: http://angkasa.coop/bm/index.php/

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian tulisan Semakan Potongan ANGKASA, Pinjaman dan Bukan Pinjaman ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada rakan-rakan guru untuk mendapatkan panduan atau informasi mengenai ANGKASA.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Semoga Allah berikan ganjara berlipat ganda kepada kita dan keluarga atas segala kerja buat, komitmen dan kesungguhan menyempurnakan amanah.

Doa-doa Allah terima setiap keringat dalam tiap usaha mendidik anak-anak murid, tidak kira dalam apa jua cara. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My ya! 🙂

Related Posts

8 comments

DIA.ida85 June 2, 2022 - 8:43 AM

Salam Cik Ayu..

Boleh bagi cara nak putuskan potongan ANGKASA (Bukan Pinjaman).. Saya tak nak lagi ada potongan tuh.. Boleh tak Cikgu Ayu?

Reply
DIA.ida85 June 2, 2022 - 8:46 AM

Cikgu Ayu.. Ni emel saya .. [email protected]

Reply
Cikgu Ayu dot My July 30, 2022 - 12:03 PM

ANGKASA (Bukan Pinjaman) ni berapa jumlahnya? atau bayaran NUTP?

Reply
Ramadiah binti Ariffin October 24, 2022 - 10:27 PM

Salam Cikgu Ayu
Soalan saya :

Mengapa ada Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman) saya sebanyak RM1,053.00 yang telah dipotong selama beberapa tahun sedangkan saya tidak tahu menahu tentang perkara ini. dan bagaimana untuk menghentikannya

Reply
Samsuriani binti suhaimi October 15, 2022 - 7:41 PM

Assalamualaikum cikgu Ayu boleh X bantu saya untuk putuskan potongan Angkasa bukan pinjaman.Ini sangat membebankan saya

Reply
Norzaliza November 7, 2022 - 9:44 AM

Bolehkah kita sendiri buat sekatan bagi potongan angkasa bukan pinjaman tu Cik Ayu

Reply
Ainin October 25, 2023 - 8:41 AM

Apa manfaat Angkasa Bukan Pinjaman? Apa yang akan diperolehi oleh pencarum setelah tamat tempoh caruman? Sekiranya memutuskan untuk tidak mahu lagi meneruskan caruman adakah pencarum mendapat apa2 dapatan dari tempoh caruman?

Reply
DEVARAJOO A/L PONNAN November 21, 2023 - 5:37 PM

Saya seorang guru akan bersara pada bulan Januari 2024. Bagaimana caranya berhentikan potongan bukan pinjaman. Apakah faedah untuk diri.

Reply

Leave a Reply to Cikgu Ayu dot My Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.