Home PengurusanPengurusan Program Saringan LINUS 2.0

Saringan LINUS 2.0

by Cikgu Ayu dot My

Perkataan LINUS sudah tidak asing lagi buat guru-guru dan ibu bapa. LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy Screening. Literasi merupakan keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dan mengaplikasikan pengetahuan itu dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

Numerasi pula ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1,000. Murid akan menjadi cekap dalam operasi matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang.

Sasaran Saringan LINUS 2.0

linus, saringan linus, linus 2.0

Program LINUS telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2010 melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Dua tahun kemudiannya, mata pelajaran Bahasa Inggeris  juga turut dilibatkan. Saringan LINUS ini dilaksanakan kepada murid-murid tahap 1 (tahun 1, tahun 2 dan tahun 3). Namun begitu, pada tahun 2018, murid tahun 4 juga dilibatkan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk mengelakkan keciciran penguasaan asas dalam subjek tersebut.

Konstruk Literasi Bahasa Melayu LINUS 2.0 (LBM)

Melalui saringan literasi, semua murid tahap satu akan disaring menggunakan 12 konstruk.

  • Konstruk 1: Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
  • Konstruk 2: Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
  • Konstruk 3: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
  • Konstruk 4: Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
  • Konstruk 5: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
  • Konstruk 6: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
  • Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
  • Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
  • Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
  • Konstruk 10: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
  • Konstruk 11: Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
  • Konstruk 12: Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

Konstruk Numerasi LINUS 2.0

Melalui saringan Numerasi, semua murid tahap satu akan disaring menggunakan 12 konstruk.

  •  Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka.
  • Konstruk 2 : Keupayaan membilang.
  • Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor.
  • Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi.
  • Konstruk 5 : Keupayaan mengenal matawang Malaysia.
  • Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu.
  • Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas.
  •  Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan matawang Malaysia.
  • Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
  • Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya.
  • Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat.
  • Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

Konstruk Literasi Bahasa Inggeris LINUS 2.0 (LBI)

Melalui saringan literasi Bahasa Inggeris, semua murid tahap satu akan disaring menggunakan 12 konstruk.

  • Construct 1 : Able to identify and distinguish the letters of the alphabet.
  • Construct 2 : Able to associate sounds with the letters of the alphabet.
  • Construct 3 : Able to blend phonemes into recognizable words and segment words into phonemes.
  • Construct 4 : Able to understand and use the language at word level.
  • Construct 5 : Able to participate in daily conversations using appropriate phrases.
  • Construct 6 : Able to understand and use the language at phrase level in linear texts.
  • Construct 7 : Able to understand and use the language at phrase level in non-linear texts.
  • Construct 8 : Able to understand and use the language at sentence level in linear texts.
  • Construct 9 : Able to understand and use the language at sentence level in non-linear texts.
  • Construct 10: Able to understand and give simple instructions and directions with guidance.
  • Construct 11: Able to read and understand sentences with guidance.
  • Construct 12: Able to construct sentences with guidance.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.