Home Dunia Pendidikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2015

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2015

by Cikgu Ayu dot My

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah merupakan satu program di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang telah diumumkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 24 Mac 2015. Program ini akan dilaksanakan di seluruh sekolah pada 10 Oktober 2015 yang merupakan hari persekolahan bagi cuti berganti sempena Aidilfitri yang lalu.

Hari Sukan negara 1

Sambutan Hari Sukan Negara ini adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan satu agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Hari Sukan negara 2

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.