Info Guru Isu Semasa Pengetahuan Am

Rumah Peranginan untuk Penjawat Awam

Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan adalah unit yang terbesar dalam organisasi BPH dimana mempunyai jumlah jawatan sebanyak 80 jawatan dan terdapat di 10 cawangan di dalam dan luar negeri.

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan kemudahan penginapan yang memberi kesejahteraan kepada penginapnya.

Suasana kesejahteraan yang diwujudkan dapat meningkatkan kualiti percutian sekali gus akan memberi kepuasan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan untuk menikmati kemudahan tersebut. Percutian memberikan kerehatan minda, rohani dan jasmani yang diperlukan oleh penjawat awam setelah bertungkus-lumus bekerja.

Penyediaan kemudahan rumah peranginan bukan sahaja memberi faedah kepada penjawat awam tetapi juga kepada keluarga masing-masing dengan kadar sewa yang berpatutan.

BPH akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan penggunaan RPP dan RP yang telah disediakan sebagai salah satu kemudahan bagi penjawat awam dan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan di RPP dan RP.

Antara objektif pengendalian rumah peranginan ini adalah untuk memastikan segala aspek dalam Pengurusan Rumah Peranginan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Dalam masa yang sama satu tahap kerja yang tinggi dicapai dalam Pengurusan Rumah Peranginan.

Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan termasuklah Rumah Penginapan dan rumah Transit pula ialah Morib, Langkawi, Bukit Fraser, Cameron Highlands, Tasik Kenyir, Port Dickson, Labuan, London, Singapura, Kuala Lumpur, Johor, Putrajaya.

Segala maklumat lanjut, boleh dicapa melalui portal Peranginan atau berhubung terus ke 03-88800155.

Related posts

Takwim Persekolahan dan Cuti Sekolah 2019

Idayu Jusoff

Laporan dan Aduan Masalah 1Bestarinet | FrogVLE & Dongle

Cikgu Ayu dot My

Program Teknologi Hijau

Cikgu Ayu dot My

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.