Grafik

Poskad Selamat Hari Lahir untuk Murid

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Mengedarkan kad ucapan Selamat Hari Lahir menjelang hari ulang tahun kelahiran ialah salah satu usaha untuk membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Related posts

Kartun Tugasan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Cikgu Ayu dot My

Kad Ucapan Hari Jadi untuk Guru!

Cikgu Ayu dot My

Label Cuti Akibat El Nino dan Gelombang Haba

Cikgu Ayu dot My

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.