Home Bahan Bantu PdPc Penggunaan Perkataan Baru atau Baharu?

Penggunaan Perkataan Baru atau Baharu?

by Cikgu Ayu dot My

Penggunaan perkataan baru dan baharu sememangnya telah menimbulkan pertelingkahan oleh beberapa tokoh bahasa. Sejak adanya istilah Malaysia Baharu, ramai yang mula bertanya. Adakah berbeza atau sama sahaja? Saya berpegang kepada prinsip perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dengan mengkategorikannya ke dalam dua golongan kata yang berbeza.

 

Baru

Baru digunakan dalam penulisan dan pertuturan sebagai kata bantu, atau lebih tepatnya, kata bantu aspek. Perkataan baru dikelompokkan dalam perkataan setugasnya seperti telah, sudah, pernah, sedang dan belum. Untuk senang nak faham, padanan bagi perkataan baru dalam bahasa Inggeris ialah just.

  • Perdana Menteri Malaysia Ke-7 baru sahaja diumumkan sebentar tadi.

 

Baharu

Baharu pula digolongkan dalam golongan kata adjektif yang merujuk kepada sifat atau keadaan sesuatu frasa nama yang dipadankannya. Antara contoh perkataan dalam golongan yang sama, ialah cantik, tinggi, usang dan buruk. Senang faham, padanan bagi perkataan baharu dalam bahasa Inggeris ialah new.

 

Jadi,

Related Posts

3 comments

zaimah zainudin October 5, 2018 - 11:36 AM

saya rasa macam terbalik pula-keliru…

Reply
Apek Cina December 4, 2023 - 7:48 PM

Baru, baharu dan bahru… Zaman 70-80an, cikgu mengajar ‘baru’ adalah ejaan betul. ‘Baharu’ itu ejaan lama. Untuk nama tempat seperti Johor Bahru dan Kota Bahru, ejaan lama dikekalkan. Sekarang bila lihat iklan sebut produk ‘baharu’, rumusan ‘baharu’ dan resepi ‘baharu’. Kepala pusing.

Reply
Cikgu Ayu dot My December 24, 2023 - 11:18 AM

Jangan pening-pening Apek, rujuk DBP sahaja.

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.