Komponen Bahasa

Penggunaan Perkataan Baru atau Baharu?

0

Penggunaan perkataan baru dan baharu sememangnya telah menimbulkan pertelingkahan oleh beberapa tokoh bahasa. Sejak adanya istilah Malaysia Baharu, ramai yang mula bertanya. Adakah berbeza atau sama sahaja? Saya berpegang kepada prinsip perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dengan mengkategorikannya ke dalam dua golongan kata yang berbeza.

 

Baru

Baru digunakan dalam penulisan dan pertuturan sebagai kata bantu, atau lebih tepatnya, kata bantu aspek. Perkataan baru dikelompokkan dalam perkataan setugasnya seperti telah, sudah, pernah, sedang dan belum. Untuk senang nak faham, padanan bagi perkataan baru dalam bahasa Inggeris ialah just.

  • Perdana Menteri Malaysia Ke-7 baru sahaja diumumkan sebentar tadi.

 

Baharu

Baharu pula digolongkan dalam golongan kata adjektif yang merujuk kepada sifat atau keadaan sesuatu frasa nama yang dipadankannya. Antara contoh perkataan dalam golongan yang sama, ialah cantik, tinggi, usang dan buruk. Senang faham, padanan bagi perkataan baharu dalam bahasa Inggeris ialah new.

 

Jadi,

Cikgu Ayu dot My
Blog Cikgu Ayu dot My merupakan laman perkongsian ilmu dalam bidang perguruan. Para pengunjung blog ini dialu-alukan untuk menyumbang idea dan bahan untuk sama-sama dimanfaatkan bersama pendidik yang lain. - [email protected]

Blogwalking Bersama Cikgu Ayu | 2018

Previous article

Teks Perutusan Hari Guru 2018

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.