Pengenalan Program Sekolah Amanah

Pengenalan Program Sekolah Amanah
Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik. Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar).

Bagi mencapai matlamat jangka panjang ekonomi negara, Yayasan Amir memenuhi keperluan negara untuk program transformasi sekolah yang lengkap dan boleh direplikasi dengan mewujudkan Sekolah Amanah. Antara fungsi pelaksanaan Program Sekolah Amanah ialah:

  • Melonjakkan prestasi sekolah
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah
  • Menambahbaik proses penyampaian pengajaran
  • Menghasilkan lebih ramai guru cemerlang yang serba boleh
  • Meningkatkan pembangunan modal insan
  • Memupuk pemimpin masa depan melalui kecemerlangan pendidikan yang holistik
Program Sekolah Amanah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjalankan program transformasi dalam persekitaran pembelajaran di sekolah awam melalui kerjasama bijak antara sektor awam dan swasta.

Setakat ini, Yayasan AMIR merupakan satu-satunya penaja sulung Program Sekolah Amanah dan melantik LeapEd Services Sdn Bhd (LeapEd Services), sebuah penyedia perkhidmatan pendidikan tempatan yang diasaskan di Malaysia.
Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.
Program perintis bermula dengan 10 buah sekolah di Johor dan Sarawak pada 2011 dengan tumpuan menambah baik pengajaran.
  • Sekolah Kebangsaan Uda 2
  • Sekolah Jenis kebangsaan Tamil Kangkar Pulai
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu
  • Sekolah Kebangsaan Kampung Layau
  • Sekolah Menengah Sains Kuching
  • Sekolah Kebangsaan Combined
  • Sekolah Kebangsaan Tabuan
  • Sekolah Kebangsaan Empila
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia
Tiga buah sekolah baharu di Lembah Klang dimasukkan ke dalam Program Sekolah Amanah bermula tahun ini. Antara sekolah yang menjalani Program Sekolah Amanah bagi kohort 2 ialah:
  • Sekolah Convent Jalan Peel
  • Sekolah Kebangsaan Desa Pandan
  • Sekolah Kebangsaan Sultan Hishamuddin Alam Shah
Setiap Sekolah Amanah Yayasan AMIR dibantu sepasukan Rakan Pendidik yang berganding bahu dengan kakitangan sekolah untuk menambah baik amalan kepimpinan dan juga kemahiran pengajaran. Sementara itu, Pengerusi LeapEd Services, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, program itu dirangka dengan tumpuan mengubah peranan guru dalam bilik darjah dan mentakrif semula konsep kerja rumah dan aktiviti bilik darjah.

Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun. Pihak KPM akan mengambil alih pengurusan dari penajasekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan.

Jangan lupa kongsi bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Share on Google+
Google+
Email this to someone
email
Tweet about this on Twitter
Twitter
Pin on Pinterest
Pinterest


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *