Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan

by Cikgu Ayu dot My

Berbantukan panduan dan bimbingan daripada Program Sekolah Amanah, terdorong untuk berkongsi ‘objektif pembelajaran’ dan ‘kriteria kejayaan’ bersama murid-murid.

Kedua-dua elemen Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ini tidak lagi menjadi rahsia dan terperap dalam kertas Rancangan Pengajaran Harian, namun dipaparkan juga di hadapan kelas dan sentiasa dirujuk sepanjang berlangsungnya PdP.

Sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My

Objektif Pembelajaran
Kriteria Kejayaan

Penulisan Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan

Penulisan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang betul amat penting untuk membantu murid memahami proses dan hasil yang dihasratkan pada akhir pembelajaran. Antara ciri-ciri Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan ialah:

  1. Penentuan Objektif pembelajaran adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurukulum dan Pentaksiran (DSKP).
  2. Pemilihan Kriteria Kejayaan adalah berdasarjan Objektif Pembelajaran.
  3. Dipamerkan dan boleh dilihat semua murid semasa pembelajaran di dalam bilik darjah.
  4. Ditulis dalam bahasa yang mudah difahami murid.
  5. Sentiasa menjadi rujukan semasa pembelajaran, seawal kelas bermula sehinggalah tamat.

Kepentingan Berkongsi Kriteria Kejayaan

Kriteria Kejayaan ini dikongsi bersama murid-murid untuk memudahkan rujukan guru dan juga murid-murid sepanjang sesi pembelajaran. Dengan adanya penulisan kriteria kejayaan yang dikongsikan bersama, murid akan lebih berdikari untuk menyelesaikan tugasan.

Ini juga akan mengelakkan soalan yang berulang-ulang daripada murid semasa proses pembelajaran berlangsung. Murid lebih terbimbing apabila dapat melihat ‘destinasi akhir’ setiap sesi pembelajaran. Jadi, kongsilah objektif pengajaran dan pembelajaran ini bersama murid-murid!

APA BEZANYA
‘Objective Learning’ dan ‘Success Criteria’?
http://www.cikguayu.my/beza-learning-objective-dan-success-criteria/

Related Posts

16 comments

midah August 17, 2014 - 5:20 PM

salam.. tk atas perkongsian. sekolah saya baru terpilih menjadi sekolah amanah tahun ini. boleh saya dapatkan contoh RPH SA BM tahun 6?

Reply
Cikgu Ayu November 8, 2014 - 7:31 PM

Salam.. Boleh puan, mohon tinggalkan emel atau hubungi saya melalui emel [email protected]. 🙂

Reply
farzeli Che mat mustafa December 24, 2014 - 2:22 AM

salam sejahtera,
boleh tak dapatkan contoh penulisan objektif pengajaran dan kriteria kejayaan.

terima kasih.

Reply
masmizah suratmin December 1, 2015 - 12:16 PM

boleh tak dapatkan contoh penulisan objektif dan kereteria kejayaan bg subjek mate

Reply
Noraini m.z April 11, 2016 - 10:07 AM

Tahun ini..sekolah sy juga dipilih sbg sekolah amanah.sy ingin memohon contoh penulisan rph subjek bm jika ada

Reply
yatie April 19, 2016 - 10:57 PM

as slm
boleh tak cg ayu bg label yg dapat edit.
xdptlah edit.

Reply
SUZANNA AYU BT NORDIN December 28, 2016 - 5:12 PM

ASSALAMMUALAIKUM CIKGU.
SAYA DILANTIK SEBAGAI PENYELARAS KELAS PDPA21 TAHUN INI.
BOLEH CIKGU KONGSI KEPADA SAYA BERKAITAN ‘LEARNING OBJECTIVE’ DAN ‘SUCCESS CRITERIA’ INI. TERIMA KASIH CIKGU.

Reply
Hasniza April 8, 2018 - 5:16 PM

Mohon share cara penulisan objektif dan suksess kriteria

Reply
Rugayah HAMZAH February 9, 2017 - 8:48 AM

Salam…cg ayu.
Saya nak minta contoh rph math dan math tamb abad ke 21.
Ini emel saya [email protected]

Reply
Mohd Hata Abu Bakar April 6, 2017 - 11:38 AM

Salam…cg ayu.
Saya nak minta contoh rph BM abad 21.
Ini emel saya [email protected],com

Reply
Sheikhomar April 13, 2017 - 11:27 PM

Salam Puan
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
Selamat Maju Jaya.
Terima Kasih.

Reply
Sheikhomar April 13, 2017 - 11:33 PM

Salam Cikgu Ayu
Ada ke contoh2 rph Pendidikan Moral Abad 21.dll lagi.
Jika ada tolong email kepada saya seperti di bawah .
[email protected]
Tqvm Cikgu Ayu.

Reply
zahwa November 22, 2017 - 5:24 PM

SILA SHARE SAMPLE BM YR 2 LESSON PLAN ABAD 21

Reply
Miz Sham January 7, 2018 - 7:12 AM

Adakah kriteria kejayaan perlu ditulis di dalam BUKU RPH.
Penulisan objektif perkongsian Sisc Azura mirip kpd cara penulisan kriteria kejayaan…

Reply
Cikgu Ayu dot My January 7, 2018 - 8:04 AM

Cikgu boleh lihat tulisan saya di sini:
http://www.cikguayu.my/beza-learning-objective-dan-success-criteria/

Kedua-dua item ini perlu ada dalam perancangan kita..

Reply

Leave a Reply to midah Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.