Home Muat Turun Mengalih Tumpuan Murid Kepada Guru dengan Cepat

Mengalih Tumpuan Murid Kepada Guru dengan Cepat

by Cikgu Ayu dot My
Sekadar Perkongsian tentang apa yang saya belajar ilmu pengurusan bilik darjah untuk mengajar dengan lebih berkualiti. Kebiasaannya guru agak sukar untuk mengalih perhatian murid sejurus murid memulakan aktiviti berkumpulan, membuat bising, menyiapkan tugasan dan sebagainya. Arahan yang selalunya diberikan oleh guru ialah, “baik murid-murid, sila berhenti menulis.” Mungkin “murid-murid, sila beri perhatian.” Atau mungkin juga, “Pandang cikgu, tolong senyap…” Atau kesemuanya?
 
Mengapa tidak kita disiplinkan murid dengan peraturan bilik darjah yang lebih terurus dan berkesan. Kita cuma memerlukan sedikit masa untuk memperkenalkan arahan dan peraturan yang ringkas kepada murid. Gunakan peraturan Give Me Five.
 
Peraturan ini memerlukan murid untuk memastikan mereka mematuhi lima perbuatan, iaitu:

Perkenal dan biasakan murid kita dengan lima perlakuan ini. Seterusnya kita hanya perlu menyebut frasa “Give Me Five” untuk menarik mengalih perhatian dan tumpuan mereka. Tidak perlu memberi arahan yang berjela-jela. Tidak perlu mengambil masa yang lama. Tidak perlu…

Tampal Poster ini di dalam bilik darjah
 
#CikguAyu : Jadikan sekolah sebagai ladang pahala.

 

Related Posts

1 comment

usha April 10, 2016 - 3:17 PM

i nak beli poster..tp bgmn?

Reply

Leave a Reply to usha Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.