Cakap Saya

Bina Laman Web Sekolah yang Murah!

Membina laman web yang murah. Sangat murah. Pertama sekali ingin saya nyatakan bahawa ini bukan iklan, cuma perkongsian yang sangat berbaloi untuk dibaca; bagi sesiapa yang ingin membangunkan laman sesawang menggunakan kos yang rendah.

Dunia hujung jari, memang sudah jadi tabiat generasi kini, mengakses internet untuk mendapatkan maklumat. Melihat kepada portal rasmi sekolah saya yang telah ‘mati’ semenjak guru ICT yang mempunyai kepakaran mengendalikan laman tersebut telah berpindah hampir 5 tahun yang lalu, saya terpanggil untuk membangunkannya semula.

Saya mengambil masa beberapa bulan untuk membuat tinjauan harga perkhidmatan membangunkan laman sesawang yang kebanyakannya mencecah harga ribuan ringgit untuk khidmat yang minimum. Saya mengambil keputusan untuk korbankan masa yang banyak untuk hadam ilmu WordPress. Dan kesuntukan masa telah membuatkan saya mengambil keputusan untuk mencari belajar berguru.

Untungnya bila anda mendapat pelbagai manfaat seperti hosting dan domain percuma di samping cenderamata yang diberikan oleh JTC dan MYNIC apabila menyertai bengkel ini.

Allah takdirkan cantik-cantik, ditemukan saya dengan laman Bengkel Laman Web yang dikendalikan oleh Tuan Zaki Yusof. Inilah bengkel pertama yang berkaitan ICT  pernah saya hadir kerana saya lebih gemar meneroka sendiri. Dengan keizinan dan sokongan pihak pentadbir sekolah, 19 April 2014 saya bergerak ke Puchong, banyak perkongsian yang bermanfaat telah saya terima. Dengan harga RM150, saya dapat jimatkan masa saya untuk meneroka bersendirian. Paling utama, saya tidak perlu melaburkan wang yang banyak untuk ini. Dan syukur kepada Tuhan,  berjaya juga portal ini dihidupkan semula dalam masa 2 minggu, moga-moga usaha ini berterusan.

Terima kasih, Tuan Zaki. Budimu dikenang sentiasa.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.