Home Pengurusan Student Voice Group (SVG) di Sekolah

Student Voice Group (SVG) di Sekolah

by Cikgu Ayu dot My

Gambar di atas merupakan idea utama saya dalam menterjemahkan kumpulan Student Voice Group (SVG) ini ke dalam bentuk grafik yang ringkas. Namun oleh sebab ingin mengekalkan identiti sekolah, pihak Senior Leadership Team (SLT) inginkan sebahagian grafik tersebut dimasukkan ke dalam reka bentuk lencana sekolah agar lebih mudah dikenali.

Penubuhan SVG ini dilihat sebagai satu perkembangan yang baik kerana pihak sekolah memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan kebolehan mereka dalam memberikan sumbangan kepada sekolah di samping mengembangkan potensi diri. Program SVG ini akan mendorong murid untuk lebih bertanggungjawab, yakin pada kebolehan dan kemampuan diri dan mempunyai jati diri yang tinggi. Secara tidak langsung, SVG ini dapat meningkatkan keupayaan pembelajaran berfokus, kerjasama berkumpulan dan kolaborasi.

Keanggotaan SVG

Antara contoh kumpulan yang berada di dalam komuniti SVG ini ialah Little Ambassador, Editorial Buletin Sekolah, Skuad Portal Sekolah. Murid tidak dihadkan penglibatan mereka dengan fokus guru terhadap jawatan pengawas, pengawas pusat sumber dan sebagainya, namun kewujudan SVG ini memberikan peluang yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira warna uniform.

Muat-Turun

Related Posts

1 comment

Mindload August 28, 2015 - 6:23 PM

assalam..

oo SVG tu student voice group.. ingatkan SVG tu Scalable Vector Graphic.. salah satu dari format vector grafik selain format Ai.. hehe..

saya perasan blog cikguayu ni sgt informatif, rajin update & tersusun jer layoutnye.. cikgu mengajar computer ker atau design ek’?

saya nak cadangkan cikgu ayu / admin pasang (apply) adsense utk monitize blog ni.. atleast dpt generate income utk kos domain, skg ni $1(USD) = RM4.20 kaw² kalo claim 😉

kalo tak lepas adsense boleh try alternative, saya rekemen h12media, sebab mudah approve janji blog active menarik, min payout dia stakat $25 dah boleh claim.. (adsense min $100), lepas tu dia ada commission referral, bila cikgu ayu promot link dia, dpt lagi 10% dari income blogger lain dpt..

anyway teruskan usaha cikguayu..
kipidap dongibab
🙂

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.