Home Dunia Pendidikan Logo Baharu KPM 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia

Logo Baharu KPM 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia

by Cikgu Ayu dot My

Logo Baharu KPM 2020 – Kementerian Pendidikan Malaysia sekali lagi dipinda. Pindaan ini melibatkan susunan teks pada logo sahaja. Jata negara masih lagi dikekalkan sebagai imej Kerajaan Malaysia.

Seingat saya, sejak berada dalam bidang pendidikan, sudah tiga kali logo ini bertukar secara total. Berikut merupakan tiga koleksi logo Kemeterian Pendidikan Malaysia yang masih segar dalam ingatan saya.

Setiap logonya mempunyai maksud dan mesej yang tersediri. Perubahannya pula bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.

Penggunaan Jata Dalam Logo KPM

Penggunaan jata dalam logo Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada November 2016 dan berkuat kuasa pada Januari 2017. Penggunaan logo ini melibatkan kementerian dan agensi kerajaan.

Penggunaan jata itu juga dirujuk kepada Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri dan diseragamkan melalui surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Logo Baharu KPM Bermula 2020 – Kementerian Pendidikan Malaysia

Saya sediakan logo KPM transparent, tanpa latar belakang putih untuk kegunaan rakan-rakan guru semua. semoga bermanfaat dan memudahkan kerja semua.

Logo ini menggunakan format .PNG (Portable Network Graphics) tanpa latar belakang. Warna tulisan dibuat dalam dua versi, iaitu hitam dan putih. Boleh gunakan mengikut kesesuaian masing-masing.

Bermula 2022 pula, terdapat tulisan pada logo KPM. Rakan-rakan guru boleh membuat penelitian dan muat turun melalui pautan di bawah:

Logo KPM, Logo Baru KPM, Logo KPM Terkini

Muat Turun Logo KPM Terkini 2022/2023

Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia telah berkongsi kit ini melalui laman sesawang http://bpk.moe.gov.my/ untuk rujukan guru-guru tahun satu. Boleh juga klik pautan di bawah untuk memuat turun bahan:

Semoga bermanfaat!

Related Posts

2 comments

cikgu Rinnie September 11, 2020 - 8:03 AM

terima kasih cikgu.

Reply
samm March 31, 2021 - 10:15 PM

terima kasih….

Reply

Leave a Reply to samm Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.