Home Ujian dan Peperiksaan Login SPPB KPM : Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu

Login SPPB KPM : Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu

by Cikgu Ayu dot My
Key in Markah dalam SPPB idMe

Daftar masuk atau Login SPPB merupakan antara langkah terakhir dalam pengurusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang bakal berlangsung setiap tahun. UASA ini dijalankan di seluruh negara melibatkan murid-murid sekolah rendah (Tahun 4, 5 dan 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1, 2 dan 3).

SPPB ialah satu sistem pengurusan pentaksiran terkini, berterusan, dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM samada berkaitan murid, guru dan institusi pendidikan. Sistem pentaksiran ini berfungsu sebagai:

  • Sistem pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh.
  • Sistem pentaksiran melibatkan pra-sekolah sehingga lepasan menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional.
  • Merangkumi keupayaan proses yang berkaitan yang dikendalikan pada setiap peringkat sama ada di peringkat Kementerian, Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan sekolah.
  • Mengautomasi secara komprehensif segala proses-proses manual sedia dengan lebih bersepadu.
  • Berkeupayaan untuk menyimpan rekod dan sejarah pentaksiran murid yang sedang menjalani atau telah tamat pengajian Menganalisa pencapaian dan perkembangan murid berdasarkan instrumen-instrumen pentaksiran yang diguna pakai.

Login SPPB KPM

Guru-guru perlulah berdaftar dengan sistem pengurusan identiti (idMe) KPM untuk log masuk ke pengkalan SPPB dan kemaskini maklumat terkini.

  1. Sila layari https://idme.moe.gov.my untuk pengoperasian sistem.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan.
  3. Sahkan kata kunci keselamatan dan masukkan kata laluan.
  4. Sistem akan papar Skrin Sistem Pengurusan Identiti (idMe) apabila pengguna berjaya Log Masuk.
  5. Klik menu Aplikasi di bahagian kiri paparan.
  6. Kemudian, pilih Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu.
Login SPPB KPM Key in markah
Log masuk melalui idMe
Sistem Pengurusan Identiti (idMe) SPPB KPM
Pilih menu Pengurusan Pentaksiran Bersepadu

Fungsi log masuk dan log keluar sistem SPPB adalah berkaitan dengan sistem idMe. Pengguna sistem SPPB boleh merujuk kepada manual pengguna idMe untuk langkah selain daripada log masuk ini.

Fungsi dalam SPPB KPM

Berikut adalah senarai fungsi-fungsi umum yang disediakan:

  1. Skrin Utama
  2. Kawalan Paparan Menu
  3. Kawalan Paparan Rekod /Jadual
  4. Carian
  5. Muat Naik / Lampiran
  6. Hapus Rekod
  7. Cetak
  8. Kembali ke Laman Utama
  9. Arkib

Markah UASA Semua Subjek

Peruntukan markah yang dipaparkan ini adalah bagi mata pelajaran yang instrumennya (soalan) disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja. Peruntukan markah subjek-subjek lain yang instrumennya (soalan) disediakan oleh pihak sekolah adalah kekal sebanyak 100 markah.

Sekolah Menengah (Tingkatan 1, 2 & 3)

BIL.MATA PELAJARAN (MP)TINGKATAN 1TINGKATAN 2TINGKATAN 3
1Bahasa MelayuK1: 60 markah K2: 40 markahK1: 60 markah K2: 40 markahK1: 60 markah K2: 40 markah
2Bahasa InggerisPemahaman: 40 markah Penulisan: 40 markahPemahaman: 40 markah Penulisan: 40 markahPemahaman: 40 markah Penulisan: 40 markah
3Sejarah80 markah80 markah80 markah
4Geografi80 markah80 markah80 markah
5Bahasa Arab100 markah100 markah100 markah
6Bahasa Cina100 markah100 markah100 markah
7Bahasa Tamil100 markah100 markah100 markah
8Bahasa Punjabi100 markah100 markah100 markah
9Bahasa Iban100 markah100 markah100 markah
10Bahasa Kadazandusun100 markah100 markah100 markah
11Bahasa Semai100 markah100 markah100 markah
12Pendidikan Islam100 markah100 markah100 markah
13Matematik100 markah100 markah100 markah
14Sains100 markah100 markah100 markah
15Asas Sains Komputer70 markah70 markah70 markah
16Reka Bentuk dan Teknologi70 markah70 markah70 markah
17Maharat Al-Quran50 markah50 markah50 markah
18Usul Al-Din100 markah100 markah100 markah
19Al-Syariah100 markah100 markah100 markah
20Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Mu’asirah100 markah100 markah100 markah

Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 & 6)

BIL.MATA PELAJARAN (MP)TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6
1Bahasa Melayu50 markah50 markah50 markah
2Bahasa Inggeris50 markah50 markah50 markah
3Matematik (*SK/SJKC/SJKT)50 markah50 markah50 markah
4Sains (*SK/SJKC/SJKT)50 markah50 markah50 markah
5Sejarah (*SK/SJKC/SJKT)50 markah50 markah50 markah

*SK – Sekolah Kebangsaan, SJKC – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan SJKT- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian informasi melalui artikel Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan rakan-rakan berkaitan isu semasa yang diketengahkan dalam bidang pendidikan.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂

1 comment

eija March 3, 2023 - 10:45 AM

salam cgu, untuk bhgn pekerjaan, untuk pekerja swasta mcm mana nk fill up, mcm sy bhgn admin automotif, sy cari jawatan mostly bnyk sektor gomen. minta bantuan cgu

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.