Home Bahan Bantu PdPc Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 : Simpulan Bahasa

Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 : Simpulan Bahasa

by Cikgu Ayu dot My
latihan bahasa melayu tahun 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat guru-guru dan ibu bapa yang singgah ke sini. Tahniah kerana masih cakna dengan pembelajaran anak-anak walaupun masing-masing terhimpit dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini saya fokuskan Seni Bahasa. Murid-murid akan rujuk buku teks Bahasa Melayu Jilid 1 (Hlmn. 5). Murid-murid akan dibimbing untuk memahami simpulan bahasa. Guru-guru boleh rujuk kepada 4.1.1 (i).

  • 4.1.1 Bercerita dengan menggunakan gaya bahasa yang indah dan santun; (i) simpulan Bahasa

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Seperti biasa, bimbingan diberikan melalui ruang perbualan dalam aplikasi Telegram. Penerangan dan contoh-contoh simpulan bahasa. Mencabar juga apabila bukan semua murid ingat tentang simpulan bahasa.

Simpulan bahasa bukan tajuk baharu bagi murid tahun 3. Kandungan ini telah mulan diperkenal dalam silibus Bahasa Melayu Tahun 1. Cuma mungkin contohnya sahaja yang berbeza.

Langkah pembelajaran yang ringkas sahaja. Santai. Mungkin boleh dilaksana oleh guru-guru atau ibu bapa yang lain juga.

  1. Perkenalkan maksud simpulan bahasa.
  2. Berikan contoh simpulan bahasa berserta contoh.
  3. Kumpulkan simpulan bahasa berserta makna di Wordwall.
  4. Ajak murid cuba membina ayat menggunakan simpulan bahasa.
  5. Nilai anak-anak dengan kuiz yang telah disediakan.
  6. Mudah sahaja kan?

Maksud Simpulan Bahasa

Rujuk buku teks Bahasa Melayu Jilid 2 (Hlmn. 5), terdapat info bahasa berkaitan simpulan bahasa. Jika ada kekangan untuk akses buku teks, boleh rujuk penerangan yang telah saya salin di bawah:

  • Simpulan Bahasa ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih. Simpulan bahasa mempunyai maksud yang berbeza daripada makna perkataan yang membentuk kata tersebut.
  • Contoh:
    • dalam tangan – sudah tentu dapat
    • ada bakat – mempunyai kebolehan
    • ambil hati – membuat sesuatu untuk menggembirakan orang
    • hati waja – bersemangat
    • besar hati – gembira
    • air muka – riak wajah seseorang
    • buah hati – orang yang dikasihi

Latihan Simpulan Bahasa Menggunakan Wordwall

Guru atau ibu bapa boleh gunakan Wordwall untuk dedahkan anak dengan contoh dan maksud simpulan bahasa. Anak-anak akan cuba padankan simpulan bahasa dengan maksud yang betul.

Latihan Penggunaan Simpulan Bahasa dalam Ayat

Dengan menggunakan simpulan bahasa yang telah diperoleh daripada Wordwall, lengkapkan ayat ini dengan simpulan bahasa yang sesuai.

Semak Latihan Simpulan Bahasa

Akhir sekali, semak latihan anak-anak. Jangan lupa, menulis ialah latihan untuk jemari anak-anak. Jadikan rutin untuk anak-anak buat catatan, salin soalan dan lengkapkan jawapan yang betul.

Kandungan simpulan bahasa juga ada disentuh pada halaman 10 dengan kod pembelajaran yang sama, iaitu 4.1.1 (i).

Related Posts

1 comment

Zarif February 13, 2021 - 10:06 AM

Terima kasih cikgu.

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.