Home Bahan Bantu PdPc Latihan Bahasa Melayu Tahun 3

Latihan Bahasa Melayu Tahun 3

by Cikgu Ayu dot My
Latihan bahasa melayu tahun 1
  1. Pak Ahmad membaca se ___________________ majalah di ruang tamu.
    • naskhah
    • biji
    • genggam
    • buah
  2. Beberapa _______________ almari di pusat sumber itu digunakan untuk meletakkan pelbagai jenis bahan bacaan.
    • keping
    • buah
    • rumpun
    • gugus
  3. Mak Limah membawa se_____________ payung kerana cuaca kelihatan mendung.
    • biji
    • buah
    • kaki
    • rumpun
  4. Alfatih hanya memakan beberapa ______________ mangga kerana buah itu amat masam.
    • petak
    • keping
    • papan
    • hiris
  5. Aqeel ternampak beberapa ______________ burung hinggap di atas pokok kelapa.
    • rumpun
    • ekor
    • gugus
    • buah
  6. Se ______________ kasut sukan Adidas berharga RM 200.00.
    • kaki
    • tandan
    • buah
    • pasang
  7. Tiga ______________ bunga ros menghiasi pasu kecil di atas meja itu.
    • batang
    • biji
    • helai
    • kuntum
  8. Ayah menjual beberapa ______ kelapa muda kepada pemuda itu.
    • tangkai
    • sikat
    • tandan
    • buah

Jawab Soalan Menggunakan Quizizz

Laman Quizizz merupakan salah satu laman pembelajaran yang boleh dimanfaatkan ketika melaksanakan pembelajaran jarak jauh. Soalan-soalan di atas boleh juga dijawab menggunakan laman Quizizz. Melalui pautan ini, murid dapat menjawab kuiz dan jawapannya akan terus dinilai.

Kemahiran menulis adalah tunjang kemahiran dalam menguasai bahasa. Setelah siap menjawab soalan atas talian, salin dalam buku tulis atau nota. Pastikan murid-murid menggunakan tanda baca (tanda koma , dan tanda seru !) serta huruf besar dengan betul. 😀

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.