Home Bahan Bantu PdPc Latihan Bahasa Melayu Tahun 1

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1

by Cikgu Ayu dot My

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit seperti haiwan, benda, tempat dan lain-lain.

Contoh penjodoh bilangan ialah seekor kucing, dua biji guli, lima buah rumah. Sekarang kita belajar untuk mengenal pasti dan menggunakan penjodoh bilangan dengan betul. – 5.1.1 (iv)

Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 (Penjodoh Bilangan)

Dengan dibimbing oleh ibu bapa atau ahli keluarga yang lain, murid-murid perlu melengkapkan tugasan penjodoh bilangan. Isi pelajajaran ini terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 1 (Halaman 35).

Lengkapkan ayat di bawah dengan menggunakan penjodoh bilangan yang tepat.

pucuk
biji
helai
buah
keping
bilah
  1. Aisyah melakar bentuk penanda buku pada se________ kadbod.
  2. Ramli mengikat lubang itu menggunakan beberapa ________ benang bulu.
  3. Mei Ling menggunting kadbod menggunakan se________ gunting.
  4. Muthu menebuk lubang pada kadbod dengan se________ penebuk lubang.
  5. Mereka menampal beberapa ________ labuci pada penanda buku itu.

Semak Latihan Bahasa Melayu Tahun 1

Bagi tujuan semakan, bantuan daripada ahli keluarga terdekat adalah dialu-alukan. Sementara berjalan tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP), guru-guru hanya dapat membimbing dari jarak jauh. Jawapan kepada tugasan di atas, boleh dirujuk dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 1 (Halaman 35).

Setelah siap menjawab soalan atas talian, murid digalakkan salin dalam buku tulis atau nota. Pastikan murid-murid menggunakan tanda baca dan huruf besar dengan betul. 

Kuiz Bahasa Melayu Tahun 1

Murid-murid digalakkan boleh menjawab soalan kuiz melalui laman Quizizz. 10 soalan disediakan. Murid-murid juga boleh mencabar rakan-rakan untuk menjawab soalan berikut bersama-sama.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.