Home PengurusanPengurusan Bilik Darjah Label Nama Murid: Stail Inggeris

Label Nama Murid: Stail Inggeris

by Cikgu Ayu dot My

Label nama murid menggunakan English Style. Oleh sebab guru kelasnya ialah guru Bahasa Inggeris, maka saya buatlah label ringkas bertemakan Inggeris. Saya sememangnya bukan seorang guru kelas, namum meringankan beban guru kelas, akan saya cuba lakukan sebaiknya. Lagipun apabila mengajar subjek Bahasa Melayu, maka setiap harilah saya akan masuk ke kelas tersebut.

Label ringkas ini bukan sahaja sesuai untuk ditampal di meja, namun boleh juga dijadikan kad cabutan nama murid di dalam kelas. Menggunakan unsur kejutan untuk memilih murid menjawab soalan, menyiapkan tugasan dan sebagainya akan menjadikan persekitaran pembelajaran lebih menyeronokkan.

Jika ada yang berkenan, bolehlah muat turun:

Lihat juga bahan-bahan yang berkaitan:

  1. Label nama murid kartun (lelaki/perempuan)
  2. Label nama meja murid doodle (lelaki/perempuan)
  3. Label nama di meja murid (english style)
  4. Label nama mengikut kumpulan haiwan comel
  5. Pelan Kedudukan Murid dalam Kelas

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan Label Nama Murid ini dapat meringankan tugas rakan-rakan guru yang sedang membuat persediaan pembukaan sekolah. Saya percaya, bila bekerjasama, kerja kita akan jadi lebih mudah.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂

Related Posts

10 comments

ZALINA MOHAMED January 18, 2016 - 11:49 PM

TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN…. SEMOGA DSENTIASA DIPERMUDAHKAN URUSAN…

Reply
SUHAIDA January 23, 2016 - 4:51 PM

TERIMA KASIH..SEMUANYA MENARIK. SENANG DIDOWNLOAD.

Reply
Khalijah Muhamad February 6, 2016 - 2:11 AM

Terima Kasih Cikgu..Menarik ..Semoga mendapat keberkatan

Reply
mona October 24, 2016 - 1:27 PM

cikgu… boleh bantu saya tak untuk bahan pusat sumber..

Reply
NORIHAN January 13, 2017 - 6:40 PM

CIKGU AYU, ANDA INSAN TEERPILIH ALLAH…BYK SGT BUDI PUAN…SAYA MINTA HALALKAN IDEA ,KONSEP PUAN YG SGT CEMERLANG INI….PUAN MMG HEBAT.

Reply
syamiza January 14, 2017 - 9:59 PM

terima kasih banyak2. banyak kerja saya yang selesai dengan adanya ruangan ini..

Reply
nazuha March 9, 2017 - 10:32 AM

Thank you teacher. Allah bless you!

Reply
Maizura April 6, 2017 - 2:02 PM

As salam Cikgu Ayu,
Terima kasih bnyk ilmu yang dicurah…saya mohon print utk kelas anak saya.
Jika tak keberatan boleh saya nak minta soft copy Label Nama yang ada gmbar murid tu.

Ini emel saya, [email protected]

Terima kasih banyak.

Reply
Maria Abu Hassan October 21, 2021 - 9:16 PM

Terima kasih byk Cg Ayu. Semoga dipermudahkan segala urusan cg dan diberi kesihatan yg baik.

Reply
Cikgu Ayu dot My October 26, 2021 - 6:37 PM

Amin.. Moga Allah makbulkan doanya. 😀

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.