Label Nama Murid Mengikut Kumpulan

5
6460

Pembelajaran kini digalakkan berlangsung dalam bentuk berkumpulan untuk memudahkan interaksi dan kolaborasi dalam kalangan murid. Jadi, apabila ada kumpulan, sudah tentu kita mahu namakan setiap kumpulan tersebut kan? Bosanlah jika guna nama kumpulan A, B, C dan seumpamanya.

Eh, kita siap bergaduh dengan anak-anak sewaktu nak tentukan nama kumpulan. Cadangnya mahu guna nama sayur-sayuran seperti lobak, bawang, sawi, kentang dan sebagainya. Mereka pun samalah tak mahu kalah, nak juga kita gunakan nama-nama binatang. Comel katanya, jadi kita turutkan sahaja.

Jika ada guru kelas yang masih belum tentukan nama kumpulan, boleh sahaja gunakan konsep yang sama, saya sediakan label nama murid yang berbeza bagi setiap kumpulan untuk cikgu manfaatkan bersama. Selamat menguruskan kelas! 😀

5 COMMENTS

Leave a Reply to Zila Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.