Home PengurusanPengurusan Bilik Darjah Label Nama Murid Mengikut Kumpulan

Label Nama Murid Mengikut Kumpulan

by Cikgu Ayu dot My

Pembelajaran kini digalakkan berlangsung dalam bentuk berkumpulan untuk memudahkan interaksi dan kolaborasi dalam kalangan murid. Jadi, apabila ada kumpulan, sudah tentu kita mahu namakan setiap kumpulan tersebut kan? Bosanlah jika guna nama kumpulan A, B, C dan seumpamanya.

Eh, kita siap bergaduh dengan anak-anak sewaktu nak tentukan nama kumpulan. Cadangnya mahu guna nama sayur-sayuran seperti lobak, bawang, sawi, kentang dan sebagainya. Mereka pun samalah tak mahu kalah, nak juga kita gunakan nama-nama binatang. Comel katanya, jadi kita turutkan sahaja.

Jika ada guru kelas yang masih belum tentukan nama kumpulan, boleh sahaja gunakan konsep yang sama, saya sediakan label nama murid yang berbeza bagi setiap kumpulan untuk cikgu manfaatkan bersama. Selamat menguruskan kelas! 😀


Lihat juga bahan-bahan terdahulu:

  1. Label nama murid kartun (lelaki/perempuan)
  2. Label nama meja murid doodle (lelaki/perempuan)
  3. Label nama di meja murid (english style)
  4. Label nama mengikut kumpulan haiwan comel
  5. Pelan Kedudukan Murid dalam Kelas

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan Label Nama Murid Mengikut Kumpulan ini dapat meringankan tugas rakan-rakan guru yang sedang membuat persediaan pembukaan sekolah. Saya percaya, bila bekerjasama, kerja kita akan jadi lebih mudah.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂

Related Posts

6 comments

Siti Aishah February 18, 2018 - 12:13 PM

Pekongsian bermanfaat…tq3

Reply
Ali February 18, 2018 - 3:36 PM

Terbaik

Reply
nazri February 19, 2018 - 7:28 PM

salam. terima kasih Cikgu Ayu. Mohon dihalalkan bahan yang saya muat turun ya.

Reply
Zila January 13, 2019 - 10:28 AM

Tkasih..perkongsiaan terbaik.

Reply
Hana Kimbin August 15, 2019 - 5:02 PM

Terima kasih Cikgu Ayu..mohon halalkan bahan yang saya muat turun

Reply
ida October 15, 2021 - 4:47 AM

share

Reply

Leave a Reply to Siti Aishah Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.