≡ Menu

Label Cuti Kelepasan Am Sempena Pilihanraya Umum

Label Cuti Kelepasan Am Sempena Pilihanraya Umum ini saya susunkan untuk cikgu-cikgu yang memerlukan, boleh sahaja tampal dalam buku rekod pengajaran atau selit dalam fail. Ya, setelah parlimen dibubarkan pada 7 April yang lalu, Pilihanraya Umum Ke-14 bakal dilaksanakan selang beberapa hari lagi. Umur saya setahun jagung sebagai pengundi, jadi masih teruja setiap kali diberi peluang untuk membuang undi.

 

Kemaskini:
Kerajaan telah menetapkan Khamis dan Jumaat (10-11 Mei 2018) sebagai hari kelepasan am tambahan seluruh negara. Pengisytiharan cuti umum tersebut dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Proses Tarikh Hari
Tarikh Keluar Writ 11 April 2018 Rabu
Hari Penamaan Calon 28 April 2018 Sabtu
Hari Mengundi Awal 5 Mei 2018 Sabtu
Hari Mengundi 9 Mei 2018 Rabu

 

Selamat mengundi buat semua rakan guru, semoga selamat pulang dan kembali ke tempat bertugas bagi pengundi luar. Moga sentiasa aman makmur Malaysiaku. 🙂

{ 2 comments… add one }

Leave a Comment