Home Info Guru Kriteria Pelabelan Guru dalam Data EMiS 2014

Kriteria Pelabelan Guru dalam Data EMiS 2014

by Cikgu Ayu dot My
Bagi memastikan situasi ketidakpadanan opsyen guru di sekolah dapat diatasi, pihak kementerian telah mengambil inisiatif untuk melabelkan guru mengikut beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria tersebut ialah:

KRITERIA
LABEL
KETERANGAN
01
(OPSYEN IKHTISAS)
LABEL MAJOR IKHTISAS               jika mengajar berdasarkan ikhtisas
Berdasarkan opsyen major ikhtisas seseorang guru
02
(OPSYEN IKHTISAS)
LABEL IKUT IKHTISAS       
Jika minor lebih baik drp major      
Ajar berdasarkan opsyen minor berbanding major ikhtisas seseorang guru mengikut sejarah/ pengalaman mengajar.
Contoh : Fizik (major) dan Matematik (minor)
03
(OPSYEN IKHTISAS)
LABEL IKUT OPSYEN IKHTISAS PERTAMA
jika tidak mengajar menggunakan ikhtisas  kedua walaupun lebih tinggi   
Berdasarkan opsyen ikhtisas pertama (KDPM) berbanding opsyen ikhtisas tertinggi (Bachelor Pendidikan) jika seseorang guru mengajar opsyen ikhtisas  dan tidak mengajar ikhtisas tertinggi.
Contoh : Opsyen Sains (KDPM)
Opsyen Bahasa Melayu (B.Ed)
04
(BUKAN OPSYEN AKADEMIK)
LABEL IKUT AKADEMIK TERTINGGI
jika tidak mengajar berdasarkan ikhtisas
Berdasarkan pengkhususan akademik tertinggi jika seseorang guru tidak mengajar mata pelajaran opsyen ikhtisas.
Contoh : Sejarah ( Pengkhususan akademik tanpa ikhtisas)
Bahasa Melayu (Opsyen ikhtisas bagi guru yang memiliki KDPM/KPLI).
05
(OPSYEN CONVERSION)
LABEL IKUT OPSYEN CONVERSION
Jika telah membuat conversion
Berdasarkan opsyen conversion selepas memiliki Sijil Conversion yang dikeluarkan oleh BPG, KPM
06
(BUKAN OPSYEN PENGALAMAN)
LABEL IKUT MP MENGAJAR
Jika pengalaman sekurang – kurangnya 4 tahun (SK) atau sekurang – kurangnya 5 tahun (SM) dan mengajar 8 hingga 12 waktu seminggu
Tidak mengajar mata pelajaran opsyen sekurang – kurangnya 3 tahun atau lebih akan dilabel mengikut mata pelajaran yang diajar secara berterusan sekurang – kurangnya 4 tahun bagi sekolah rendah dan 5 tahun bagi sekolah menengah
(Jumlah waktu mata pelajaran yang diajar secara berterusan hendaklah tidak kurang 8 waktu seminggu dan tidak melebihi 12 waktu seminggu)
07
(BUKAN OPSYEN PENGALAMAN)
LABEL IKUT MP MENGAJAR
Jika pengalaman sekurang – kurangnya 3 tahun (SK) atau sekurang – kurangnya 4 tahun (SM) dan mengajar LEBIH DARIPADA 13  waktu seminggu ATAU waktu terbanyak
Bagi guru yang mengajar 13 waktu ke atas mata pelajaran yang sama ( bukan opsyen) sekurang – kurangnya 3 tahun bagi sekolah rendah dan 4 tahun bagi sekolah menengah, guru – guru ini akan dilabel berdasarkan jumlah waktu mata pelajaran terbanyak.
08
(OPSYEN IKHTISAS)
LABEL IKUT OPSYEN IKHTISAS                           walaupun hanya mengajar 2 waktu seminggu
Bagi guru – guru yang mengajar 2 hingga 7 waktu bagi pelbagai  mata pelajaran ( mata pelajaran rencam), guru – guru tersebut hendaklah dilabelkan berdasarkan kepada opsyen asal mereka sekiranya masih  mengajar  mata pelajaran opsyen walaupun waktu yang diperuntukan bagi mata pelajaran  opsyen hanyalah 2 waktu seminggu
09
(BUKAN OPSYEN PENGALAMAN AKADEMIK)
LABEL IKUT SUBJEK AJAR TERBANYAK
Jika ajar bukan ikhtisas dan jumlah waktu adalah 7 hingga 10 waktu seminggu
(Merujuk kepada pengalaman atau akademik)
Bagi guru – guru yang mengajar 7 hingga 10 waktu mata pelajaran bukan opsyen akan dilabelkan mengikut waktu terbanyak mata pelajaran yang diajar. Bergantung kepada tempoh pengalaman mengajar atau pengkhususan akademik.
10
(BUKAN OPSYEN PENGALAMAN AKADEMIK/ PENGALAMAN)
LABEL IKUT AKADEMIK/ PENGALAMAN
Jika jumlah waktu ajar semuanya bukan ikhtisas dan sama banyak
Sekiranya jumlah waktu bagi mata pelajaran (bukan opsyen ikhtisas) yang diajar sama banyak, guru berkenaan dilabel mengikut pengkhususan akademik tertinggi / tempoh pengalaman mengajar
11
(OPSYEN IKHTISAS)
LABEL IKUT OPSYEN IKHTISAS
Jika tidak mengajar atas sebab perjawatan ( tidak berada di sekolah)
Kekal dengan opsyen asal masing-masing :
·         Pegawai yang dipinjamkan ke KPM, JPN, PPD atau agensi lain (ikhtisas)
·         Guru yang dimasukkan ke jawatan kumpulan (ikhtisas)
12
(OPSYEN IKHTISAS/JAWATAN)
LABEL IKUT OPSYEN IKHTISAS/ LANTIKAN JAWATAN/ MP AJAR
Jika masih berada di sekolah
·         Pengetua/guru besar
·         Kaunselor/guru bimbingan (ikhtisas/jawatan)
·         Guru pemulihan (ikhtisas/jawatan)
·         Guru pra sekolah (ikhtisas/jawatan/ mp ajar)
·         Guru pendidikan khas (ikhtisas/jawatan/ mata pelajaran ajar)

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.