Home PengurusanPengurusan Program Hari Teknologi Hijau dan Alam Sekitar

Hari Teknologi Hijau dan Alam Sekitar

by Cikgu Ayu dot My

Hari Teknologi Hijau dan Alam Sekitar merupakan satu program mendidik warga sekolah agar mencintai alam sekitar. Teknologi hijau ialah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau merupakan teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada.

Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan.

Program Hari Teknologi Hijau dan Alam Sekitar telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Kuala Lumpur, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Bank Nasional serta Alam Flora. Penyertaannya pula melibatkan semua warga sekolah dan sekolah-sekolah sekitar Kampung Pandan.  Tugas yang telah saya sempurnakan melalui program ini ialah menyediakan tag kepada petugas hari tersebut yang terdiri daripada murid-murid yang akan menjadi pemandu arah kepada peserta-peserta luar.

Sumber: Jabatan Penerangan

Related Posts

2 comments

ROSLIZA BINTI YACOB December 3, 2018 - 6:51 PM

as salam cikgu ayu
hari teknologi hijau sk desa pandan ni setiap tahun peringkat negeri saja ya?

Reply
Cikgu Ayu dot My December 3, 2018 - 8:56 PM

Waalaikumussalam.
Ya, benar. Setakat tahun ini, masih lagi peringkat negeri. 🙂

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.