Home PengurusanPengurusan Program Gambar Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan

Gambar Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan

by Cikgu Ayu dot My
gambar mewarna merdeka

Gambar Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kebangsaan ini saya sediakan untuk kegunaan guru-guru. Bulan Kebangsaan ini disambut di semua sekolah bagi memperingati jasa-jasa wira negara memperjuang kemerdekaan negara yang disambut pada 31 Ogos 1957.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan keramat ini mungkin hanya dilaungkan di corong pembesar suara sahaja tahun ini, namun pengisian sepanjang bulan ini kita cuba kendalikan dalam kemeriahan juga.

Pagi tadi telah berlangsung Pelancaran Bulan Kebangsaan di sekolah saya. Pengisiannya adalah dengan ucapan daripada guru besar dan juga nyanyian lagu patriotik melalui pembesar suara. Murid berada di kelas masing-masing.

Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan 2020

Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan kali ini pastinya memberikan sedikit kelainan. Pelaksanaan Norma Baharu di seluruh negara ini membataskan perhimpunan ramai dengan penjarakan fizikal.

Oleh itu, guru-guru perlu menjalankan aktiviti dengan memperhalusi setiap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kebangsaan

Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kebangsaan ini merupakan salah satu pertandingan yang kebiasaannya dilaksanakan di sekolah rendah. Pertandingan ini juga dianjurkan untuk murid-murid, tidak kiralah murid tahap satu mahupun tahap dua.

gambar pertandingan mewarna merdeka
gambar pertandingan mewarna hari kebangsan

Butiran Poster Mewarna :

  • Format : Portable Document Format (.pdf)
  • Jenis tulisan (font) : Montserrat Bold
  • Saiz fail : 4.2 MB

Muat turun melalui pautan:
Gambar Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kebangsaan

mewarna aktiviti kemerdekaan

Ada banyak lagi bahan yang boleh digunakan semasa bulan kebangsaan selain mewarna. Boleh daparkan bahan premium ini ya. Lihat menggunakan pautan di bawah:

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan-bahan berkaitan bulan kebangsaan  ini dapat membantu pengguna SPdPR, khususnnya guru-guru yang sedang menguruskan aktiviti atau program sambutan bulan patriotik di peringkat sekolah.

Doa-doa Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂

Related Posts

9 comments

DISHAN A/L TEEVAN August 17, 2020 - 12:12 PM

Salam sejahtera cikgu.. selepas mewarna kan gambar..di mana harus kena hantar

Reply
Cikgu Ayu dot My August 30, 2020 - 7:34 AM

Salam Sejahtera. Ini untuk kegunaan sekolah masing-masing. 🙂

Reply
Nor Fazida August 18, 2020 - 4:23 PM

Hi cikgu,
Saya Fazida guru prasekolah, boleh saya share gambar mewarna merdeka ni? InsyaAllah sya bagi pautan link utk page cikgu nanti…

Reply
Cikgu Ayu dot My August 19, 2020 - 3:36 PM

Silakan cikgu. 😀

Reply
Ummihabibah September 10, 2020 - 9:24 AM

Assalamualaikim cikgu,
Saya nak minta izin untuk gunakan gambar mewarna ini intuk pertandingan mewarna di tempat saya. Terima kasih cikgu diatas perkongsian ini.

Reply
Cikgu Ayu dot My September 10, 2020 - 5:51 PM

Silakan. 🙂

Reply
SALINA BINTI MD YUNAS July 23, 2021 - 10:39 PM

Assalamualaikim cikgu,
Saya nak minta izin untuk gunakan gambar mewarna ini intuk pertandingan mewarna di sekolah saya. Terima kasih cikgu diatas perkongsian ini.

Reply
AFRINA August 9, 2021 - 11:00 AM

Assalamualaikum cikgu….saya suka gambar ini disebabkan menarik sangat

Reply
AQILAH July 3, 2022 - 2:47 AM

Assalamualaikum Cikgu,

Cikgu ada poster gambar mewarna untuk tema tahun 2022 ni tak? Kalau ada, mohon share ya. Dan saya nak minta izin untuk gunakan gambar mewarna tersebut untuk pertandingan di tadika saya. Terima kasih cikgu.

Reply

Leave a Reply to Cikgu Ayu dot My Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.