Home Pengurusan Gambar Kartun WhatsApp Group Kelas

Gambar Kartun WhatsApp Group Kelas

by Cikgu Ayu dot My
gambar group whatsapp kelas

Sebelum ini saya ada buatkan Gambar Kartun WhatsApp Group Kelas untuk guru-guru kelas secara percuma. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Hampir 500 kelas dikongsikan. Boleh lihat di album Facebook Cikgu Ayu dot My (Guru Kelas).

Dah tamat siri 1, sekarang bersambung ke siri 2. Sementara ada bebaki masa, saya buatkan Gambar Kartun WhatsApp Group Kelas. Atas permintaan sahaja. Jika mahukan nama kelas cikgu, boleh komen melalui Telegram Group Cikgu Ayu dot My.

Perangai Dalam Whatsapp Group Kelas

Kalau nak cerita ragam dalam WhatsApp Group kelas ni, memang panjanglah. Saya sendiri pun pernah terima ugutan dalam WhatsApp Group. Puncanya, seorang bapa minta nombor telefon guru subjek malam-malam buta. Aduhlah, kita pun jaga juga privasi rakan-rakan. Dah beliau mengamuk, saya terus remove beliau. 😀

Ya, faham. Mencabar untuk guru kelas. Tambah-tambah lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi rakan-rakan guru subjek tolonglah support. Jika kirimkan tugasan kepada guru kelas, karanglah sedikit ayat dan penerangan. Ringankan beban. Sama-sama memudahkan. 🙂

Gambar Kartun untuk Whatsapp Group Kelas

Tahun ni saya direhatkan daripada menjadi guru kelas. Tak ada tanda penghargaan yang lain, hanya ini yang termampu. Guru-guru kelas yang nakkan gambar ini untuk WhatsApp Group kelas, bolehlah maklumkan nama kelas. Insha-Allah saya akan siapkan dari masa ke masa.

Boleh Ikuti Langkah Berikut

  1. Hebahan dibuat di Telegram Cikgu Ayu dot My.
  2. Maklumkan nama kelas di ruangan Discuss.
  3. Seorang guru boleh request satu kelas sahaja.
  4. Tiada bayaran, cuma mohon doakan kesejahteraan sahaja.
  5. Saya akan kongsikan gambar dalam Telegram [Link] juga nanti.

Selamat meneruskan perjuangan elearning. Normal baharu ni tak mudah, paling mencabar adalah sewaktu memaksimumkan penglibatan murid dalam elearning. Tak mengapa, kita sama doakan agar sama-sama dapat buat yang terbaik. Salam penghujung Ramadan.

Related Posts

6 comments

Norashikin binti Md Yusoff May 22, 2020 - 9:43 PM

Salam. Nak cikgu. 3 Brilliant

Reply
Norashikin binti Md Yusoff May 22, 2020 - 9:44 PM

Salam. Nak cikgu. 2 Brilliant

Reply
HjhYan June 19, 2020 - 10:27 AM

Assalamualaikum Cikgu Ayu.. 6 Rajin
Terima kasih.. Semoga Cikgu sekeluarga diberikan kesejahteraan dunia Dan akhirat Dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.. Aamiinn Allahuma Aamiinn..

Reply
ZHA July 12, 2020 - 11:06 AM

ASSALAMUALAIKUM CIKGU AYU,,,,
2 MELATI PUTIH CIKGU

Reply
Firdaus March 17, 2022 - 10:12 AM

Assalamualaikum cikgu Ayu.

Mohon buat dp group untuk kelas tahun 4 Ibnu Majah. Terima kasih

Reply
JUNAIDI BIN HAJI JOM March 1, 2023 - 10:17 AM

Assalammualaikum puan.Mohon buat untuk kelas 3 Cemerlang.2023-2024.
T.kasih.Semoga puan murah rezeki

Reply

Leave a Reply to Norashikin binti Md Yusoff Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.