Home Pengurusan Gambar Kartun Muslimah Comel Percuma

Gambar Kartun Muslimah Comel Percuma

by Cikgu Ayu dot My
gambar kartu melayu malaysia

Ada beberapa tulisan saya yang gunakan kartun comel budak sekolah sebagai thumbnail photo. Contohnya pada posting di pautan [Link 1 . Link 2 . Link 3]. Ya, saya agak cerewet dalam pemilihan grafik. Tapi lukisan Farish Kun benar-benar menawan hati.

Kali ini saya nak kongsikan gambar kartun doodle yang comel-comel ni. Kartun ini boleh dimanfaatkan dalam penghasilan bahan bantu belajar, e-sijil, Google Form Cover, video dan macam-macam lagi.

Lukisan Gambar Kartun Comel Percuma

Lukisan kartun comel ini ada versi percuma. Ihsan daripada pelukis yang murah hati untuk kongsikan bersama. Jika ingin menempah kartun (character) sediri, boleh hubungi pelukis Farish Kun. Cuma kena bersabar, beratur panjang.

Versi percuma, boleh gunakan tiga ketul Si Comel ni. Doakan juga pelukisnya dimurahkan rezeki dianugerahkan kesejahteraan hidup yang berpanjangan. 😀

Gambar Kartun Lelaki dan Perempuan Muslimah Bertudung

Kadang-kadang kita cari di Google, gambar-gambar kartun banyaknya dari luar negara. nak cari yang bertudung, bercirikan Melayu tu susah. Kalau adapun, lukisan Fiz. Boleh lihat konsep lukisan kartun Fiz di sini [Link 4 dan Link 5]. Boleh juga dimanfaatkan oleh guru-guru.

Terdapat banyak lagi gambar kartun lukisan Farish Kun ni. Beribu-ribulah, senang cerita. Gambar Kartun Lelaki dan Perempuan Muslimah Bertudung tu memang berlambak-lambak. Cumanya dalam versi premium. Cuma, setiap tempahan ada terma yang berbeza, ini kena hadam.

Artikel Berkaitan Gambar Kartun Comel

Related Posts

4 comments

NUR QASEH BINTI Mohd SALLEH May 18, 2020 - 6:30 PM

Muslim

Reply
Que June 19, 2020 - 7:00 PM

mcm mana nk belajar lukis kartun chibi comel2 ni?
mcm mna nk bt gambar whatsApp group DP cute tu?

Reply
NUR IFFAH DAMIA July 16, 2021 - 7:00 PM

asalammualikum saye nak stiker boleh

Reply
Nirwana abdul aziz August 17, 2021 - 11:17 AM

Assalamualaikum..saya nk sticker n oic yg comel2 ni boleh..anak saya suka bila video yg saya edit letak pic comel2 ni..

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.