• Home
  • Kerjaya
  • Dokumen yang Diperlukan Semasa Temu Duga SPP
Kerjaya

Dokumen yang Diperlukan Semasa Temu Duga SPP

Calon diingatkan supaya menyemak dan menyusun dokumen temu duga berdasarkan turutan dalam surat panggilan temu duga. KEGAGALAN mengemukakan DOKUMEN ASAL yang dinyatakan akan menyebabkan calon tidak akan ditemu duga.
 

Asingkan antara dokumen yang asal dan salinan, usah letakkannya berselang seli kerana pihak SPP akan mengambil semua dokumen salinan yang telah diminta.

1. Kad Pengenalan 
2. Sijil Lahir/ Sijil Pendaftaran Kelahiran 
(Bagi calon yang lahir di luar negara, kemukakan Borang W / Surat Pengesahan Kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara)
3. Kepujian Bahasa Malaysia
Yang diperolehi (mana yang berkenaan) SPM/MCE/SPVM/SPMV; SAP/GCE (Kepujian Bahasa Melayu); atau STPM/STP/HSC
4. Ijazah / Diploma 
Calon hendaklah membawa ijazah asal yang mempunyai Cop Mohor serta tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti atau salah satu daripadanya. Sekiranya ijazah/diploma yang diperolehi dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, surat terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris adalah diperlukan dan terjemahan hendaklah dibuat oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Pejabat Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Jabatan Agama Islam Negeri bagi ijazah/diploma dalam Bahasa Arab sahaja.
5. Diploma Pendidikan 
Sekiranya belum memiliki diploma pendidikan disebabkan belum konvokesyen calon dikehendaki membawa transkrip akademik yang mencatatkan status tamat pengajian atau surat pengesahan bergraduat.
6. Pengiktirafan Kelayakan Daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 
(Bagi ijazah dalam dan luar Negara, boleh merujuk dan mencetak nilai taraf ijazah berkaitan melalui laman web JPA, JPA Interaktif. Bagi nilai taraf ijazah yang tidak terdapat di laman web tersebut, sila rujuk Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA)
7. Surat kebenaran cuti belajar 
Bagi calon-calon yang sedang berkhidmat.
Bagi calon-calon keluaran IPG, abaikan item bernombor 4, 5, dan 7. Bagi item 4 dan 5, sila gantikannya dengan transkrip peperiksaan bermula semester 1 sehinggalah semester 8 (tidak termasuk transkrip semasa PPISMP).
Buku Rancangan Pengajaran Harian *
Tentang isu buku rancangan harian ni banyak fahamannya. Namun saya anggap buku RPH ini bukanlah menjadi kesalahan mandatori. Buku RPH saya juga tidak berada di tangan saya sewaktu sesi bersemuka dengan pihak SPP kerana buku tersebut ada pada junior-junior yang memerlukan panduan pada ketika itu.
Calon-calon hanya digalakkan membawa Buku Rancangan Pengajaran Harian semasa praktikum untuk sesi temu duga kerana terdapat kes-kes yang di mana Pegawai/Penemu duga ingin melihat rekod pengajaran dan pengalaman calon.
Muat Turun Senarai Semak Dokumen
Nota: Gagal dalam temuduga ini akan menyebabkan calon tidak akan ditempatkan untuk berkhidmat di sekolah dan perlu membuat permohonan semula melalui JobsMalaysia. Semoga berjaya semuanya.

 

Related posts

Cara Kemaskini Maklumat di JobsMalaysia

Cikgu Ayu dot My

Panduan Mengisi Maklumat di JobsMalaysia untuk Guru IPG

Cikgu Ayu dot My

Prosedur Akuan Sumpah untuk Bakal Guru

Cikgu Ayu dot My

1 comment

MOHD SARBANI BIN AWANG LAH June 1, 2014 at 2:19 PM

Mudah,Cepat dan segera

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.