Home Bahan Rujukan Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu

Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu

by Cikgu Ayu dot My
Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu

Alang-alang sediakan bahan ulangkaji bersama anak-anak murid, saya kongsikan juga di sini Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu yang telah disusun, untuk manfaat bersama. Sekiranya relevan untuk sesi pengajaran rakan-rakan, bolehlah guna.

Sejujurnya, sebelum ini tidaklah saya menekankan jawapan mengikut format yang disediakan oleh KPM, walaupun soalan seumpama ini ulang-ulang diajar di dalam kelas, merujuk kepada DSKP dan buku teks.

Ruang untuk ulangkaji juga agak terhad memandangkan minggu kedua persekolahan, sudah bermula sesi ujian. Namun saya percaya, anak-anak ini boleh buat yang terbaik.

Format UASA Bahasa Melayu 2023/24

Soalan ujian ini terbahagi kepada 4 bahagian. Calon-calon perlu menjawab kesemua bahagian soalan.

  • Bahagian A : Objektif
  • Bahagian B : Soalan Pemahaman
  • Bahagian C : Pendapat
  • Bahagian D : Karangan

Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu Bahagian D

Bagi permulaan hari ini, saya kongsikan dahulu bentuk soalan yang disediakan oleh KPM. Soalan-soalan akan dimuat turun melalui pengkalan soalan, jadi kita tidak pasti sama ada bentuk soalan ini akan berubah ataupun tidak pada masa akan datang.

Bahagian D ini sangat diberikan penekanan memandangkan 20 markah daripada 50 markah keseluruhan dipertaruhkan. Bahagian ini menuntut murid untuk menulis karangan dalam bentuk perenggan, tidak kurang daripada 50 dan tidak lebih daripada 80 patah perkataan.

Ayat yang lebih daripada 80 patah perkataan yang pertama tidak akan dinilai oleh pemeriksa, makanya murid perlu bijak menyusun isi, penerangan dan contoh dengan baik. Pastikan karangan mengandungi tiga bahagian utama, iaitu pendahuluan, isi dan juga penutup.

Contoh Soalan UASA BM Bahagian D
Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu

Muat Turun Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu

Boleh muat turun dua contoh bentuk soalan ini dalam bentuk PDF melalui Telegram Channel saya di sini: https://t.me/cikguayudotmy/1552

Boleh dapatkan juga set soalan ini untu dijadikan bahan ulangkaji atau soalan ujian anak-anak murid di sekolah. [SET SOALAN UASA PELBAGAI SUBJEK]

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan melalui artikel Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan membuat ulangkaji bersama murid-murid dengan lebih mudah.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! ðŸ™‚

Related Posts

4 comments

user May 16, 2023 - 6:55 PM

TQVM cikgu. Upload lebih banyak lagi cikgu cantik…

Reply
Asirah Fauzi July 17, 2023 - 11:12 PM

terima kasih cikgu. Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Reply
Jes Radi August 19, 2023 - 1:38 PM

Cikgu, contoh2 soalan utk UPSA ada tak? TQVM

Reply
Kesa January 6, 2024 - 1:32 PM

Hi cikgu nak tanya boleh upload contoh contoh soalan utk UASA ada tak tqvm

Reply

Leave a Reply to user Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.