Dunia Pendidikan

Cara dan Panduan Permohonan Guru Ganti

6
Guru ganti atau Kumpuan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) ini biasanya akan diperlukan bagi memenuhi kekosongan sementara guru yang sedang bercuti atas sebab masalah kesihatan, bersalin, menyambung pelajaran, atau sebab-sebab lain yang berkaitan. Kelayakan minimun pemohon ialah SPM.

Saya kongsikan pengalaman saya untuk memohon jawatan guru ganti sementara menunggu panggilan ditempatkan di sekolah melalui saluran Bahagian Pendidikan Guru Malaysia. Mula-mula sekali kita perlu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di tempat kita nak mohon. Contohnya kalau nak sekolah dalam daerah Kota Bharu, mohonlah di PPD Kota Bharu di Jalan Telipot tu. Jangan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), sebab yang menguruskan guru ganti ialah pihak PPD.

Bila nak ke PPD tu sila siapkan beberapa dokumen yang diperlukan, contohnya:
  • Resume;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan surat beranak;
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Salinan sijil-sijil atau dokumen pengiktirafan yang berkaitan;
  • Gambar Passport (1 keping).
Gambar passport tu diperlukan semasa kita mengisi borang yang akan diberikan oleh pihak PPD nanti. Semua salinan sijil dan dokumen yang hendak diserahkan tu pastikan disahkan terlebih dahulu. Sijil tak perlu nak berkepul-kepul, cukup untuk menunjukkan kelayakan kita untuk jadi guru ganti. Lepas dah siap semuanya, cuma tunggu panggilan daripada pehak mereka.

Muat turun Contoh Resume (Bahasa Melayu) yang boleh digunakan.

You may also like

6 comments

  1. Hai saya nak tanya, kalau nak apply jadi guru ganti tapi bukan ambil jurusan perguruan atau yang berkaitan dengan profesion guru, boleh ke?

      1. kat resume tu rujukan nak tulis sapa?

        1. Sesiapa yang boleh dirujuk untuk dapatkan lebih maklumat tentang kita. Mungkin pensyarah. 😀

  2. hai. assalamualaikum,bagaimana kalau saya dah hantar borang ke ppd tetapi tak hantar resume ? adakah tak apa atau dia tak terima nanti ?

  3. hai.assalamualaikum saya nk tanya bgaimana klo dh hntr borang ke ppd tp tak hntr resume, adkh tak apa atau dy tak terima nnti ? tq !

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.