Home Pengurusan Cara Buat Kod QR Paling Mudah Secara Percuma

Cara Buat Kod QR Paling Mudah Secara Percuma

by Cikgu Ayu dot My
Cata Buat QR Code

Salam Ramadan. Kali ini kami kongsikan cara buat Kod QR (QR Code) secara percuma dengan mudah. Jika pernah lalui pengalaman terpaksa bayar untuk menjana kod QR, kuota terhad atau terpaksa log masuk sebelum dapatkan kod ini, kali ini saya kongsikan panduan ringkas ini untuk memudahkan rakan-rakan.

Kini kita sudah terlalu biasa dengan penggunaan Kod QR. Lihat sahaja menerusi log masuk ke Web WhatsApp, MySejahtera Check-in, menu di restoran, pembayaran dalam talian dan banyak lagi fungsi dan kegunaannya.

Malah di sekolah pula kod QR digunakan untuk sebaran pautan Rekod Kawalan Kelas, Kehadiran bengkel dan mesyuarat, menggantikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) atau Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) di dalam Fail Rekod Persediaan Mengajar(RPM) dan lain-lain lagi.

Apa itu Kod QR?

Kod QR atau dalam bahasa inggerisnya QR Code ini merupakan singkatan kepada “Quick Response Codes”. Kod ini merupakan versi lebih baik daripada barcode yang digunakan sebelumnya.

Fungsinya kod ini adalah untuk memudahkan kita memperoleh dan mengesahkan maklumat melalui teknik imbasan kod. Selain itu, Kod QR juga membolehkan kita menyimpan maklumat dalam kapisiti yang besar dengan menggunakan pelbagai jenis data.

Kelebihan menggunakan Kod QR

  • Efisien, maklumat diperoleh dengan cepat.
  • Saiz Kod QR yang kecil dan sangat mudah untuk diimbas.
  • Kod QR boleh dibaca dari mana-mana arah atau sudut (360 darjah), jadi peluang untuk kod QR gagal diakses adalah sangat kecil.
  • Mampu menyimpan 2089 nombor atau 4289 aksara, termasuk tanda baca dan simbol.

Cara buat Kod QR dengan mudah

  1. Simpan bahan atau dokumen anda dalam mana-mana pangkalan yang boleh diakses menggunakan internet, Contohnya di Google Drive, Youtube, laman web, media sosial atau aplikasi seperti Telegram.
  2. Dapatkan URL bahan atau dokumen yang dimuat naik.
  3. Buka laman QR Code Online untuk menjana Kod QR.
  4. Pilih jenis kandungan yang ingin dijadikan kod QR (URL, teks, e-mel, dll.)
  5. Masukkan URL bahan atau dokumen tadi ke ruangan yang disediakan.
  6. Semak semula maklumat dengan teliti, kerana setelah anda mencetak kod QR, kod tersebut tidak dapat diedit selepas itu.
  7. Anda juga boleh memilih warna anda sendiri untuk kod dan latar belakangnya.
  8. Jana Kod QR!
Cara buat Kod QR dengan mudah

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian info mengenai Cara Buat Kod QR Paling Mudah Secara Percuma ini dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan buat semua yang membacanya. Beruntungnya kita kerana berpeluang menikmati Ramadan buat ke sekian kalinya. Mohon ampun dan maaf jika ada terlanjur kata tersilap laku yang melukakan.

Doa-doa Allah kurniakan kerahmatan dan kasih sayang yang berterusan. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My juga ya! 

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.