Buku Program Majlis Graduasi Sekolah

Buku Program Majlis Graduasi Sekolah

Majlis Graduasi di peringkat sekolah merupakan satu penjelmaan kesepaduan yang akrab terjalin antara guru, murid, kakitangan dan ibu bapa demi merealisasikan aspirasi dan impian para pelajar untuk mencipta kecemerlangan. Justeru, majlis ini tidaklah harus dilihat sebagai suatu upacara dan keraian semata-mata. Lebih dari itu, majlis  ini merupakan simbolik yang memaknakan kejayaan semua pihak, iaitu individu dan entiti yang terlibat  secara langsung atau tidak langsung, dengan disedari atau tanpa disedari di sebalik jejak tapak kecemerlangan yang telah dirintis oleh mereka.

Oleh yang demikian, harapan pelancaran majlis ialah supaya kejayaan dan kecemerlangan tersebut tidak terhenti di sini sahaja, namun sebagai petanda permulaan perjalanan baharu untuk menghadapi dunia yang lebih mencabar sebagai pelajar di peringkat menengah  selepas ini.

Untuk masjlis kali ini, saya memainkan peranan sebagai pembantu rakan karib saya sebagai Ahli Jawatankuasa Buku Program yang bertanggungjawab untuk menyiapkan serta mengedarkan buku program ini kepada hadirin. Saya kongsikan juga kepada pengunjung laman ini. Andai bermanfaat, kongsikanlah. Yang baik datangnya daripada Allah, lemah itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Wallahua’lam..

Muat-Turun

Jangan lupa kongsi bersama rakan:
Share on FacebookShare on Google+Email this to someoneTweet about this on TwitterPin on Pinterest


7 thoughts on “Buku Program Majlis Graduasi Sekolah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *