Home Grafik Risalah Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah

Risalah Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah

by Cikgu Ayu dot My

Risalah atau dalam bahasa Inggerisnya ialah brochure atau pamphlet ini merupakan satu medium dalam usaha memberi kesedaran kepada semua warga sekolah, khususnya murid-murid dan ibu bapa tentang kewujudan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) serta peranannya terhadap sekolah. Pendedahan maklumat melalui risalah ini akan dapat menyedarkan warga yang terlibat bahawa tidak hanya murid yang nakal atau bermasalah sahaja yang perlu berjumpa dengan kaunselor, malah UBK ini juga menyediakan perkhidmatan bimbingan seperti dalam kes panduan menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah, atau sebagainya.

Tidak ramai kaunselor di sekolah yang berusaha ke arah ini, namun kaunselor di sekolah saya telah menerbitkan risalah ini dengan menggunakan duit poket sendiri. Alhamdulillah, usaha yang mengagumkan!

Spesifikasi Risalah:
– Saiz A4.
– Cetakan Art Paper 128 gsm.
– Kuantiti 1000 keping.

Related Posts

1 comment

MOHD FAIZAL IBRAHIM March 9, 2017 - 12:03 PM

SALAM…CIKGU AYU MCMANE NK DPTKAN RISALAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING TU…. KENE ORDER KE ATAU BOLEH MUAT TURUN JE?
APAPUN TIME KASIH ATAS PERKONGSIAN DAN MINTAK HALAL SEMUA APA YANG SAYA GUNAKAN…

Reply

Leave a Reply to MOHD FAIZAL IBRAHIM Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.