Hampir-hampir terlupa, namun sempat juga siapkan bunting Selamat Datang dan Kempen Sayangi Buku Teks ni untuk Bilik Operasi SPBT Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (2).
Sebagaimana yang telah kita ketahui, buku teks SPBT merupakan salah satu hadiah daripada kerajaan Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan negara dan meringankan bebanan rakyat. Sebagai pengguna yang taat dan setia kepada negara, kita perlulah menjaga buku ini daripada diconteng, dikoyak, atau ditinggalkan di merata-rata tempat. Ibu bapa juga perlu lebih prihatin dalam mendidik anak-anak supaya menghargai pemberian ini dengan memastikan buku mencukupi, menulis nama anak, serta mengenakan plastik pembalut pada buku baharu. Moga-moga murid dapat menghargai buku teks yang dipinjam.
4 comments
utk poster slmt dtg, bunting slmt dtg dan bunting bilik spbt x dpt dimuat turun.
Assalamualaikum.
Premium Graphic boleh diperolehi melalui tempahan sahaja cikgu.
Untuk grafik percuma, lihat:
http://www.cikguayu.my/category/muat-turun/ 🙂
Salam..mcmne nak beli premium graphic untuk bunting kelas?
assalamualaikum..macam mana ye sata nak buat tempahan?