Dalam Talian Permohonan

Permohonan Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2016

Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan digalakkan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA Tahun 2016 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran dan Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan Pembangunan Staf (lnduk) UiTM.

SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bumiputera
  3. Mempunyai kelayakan akademik: Mendapat sekurang-kurangnya HPNG/CGPA 3.00 atau kelas dua tinggi dalam peringkat pengajian terdahulu.
  4. Bagi bidang Sport Medicine, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan MBBS, MBChB, MD atau yang setaraf dengannya dari universiti yang diiktiraf serta telah mendaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
  5. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  6. Bebas daripada ikatan kontrak sama ada dengan pihak Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.
  7. Belum memulakan pengajian semasa memohon.
  8. Tidak mendapat mana-mana tajaan/ biasiswa dalam peringkat pengajian yang dipohon.
  9. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
  10. Had umur calon adalah seperti berikut: berumur tidak lebih dari 35 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Ph.D; berumur tidak lebih dari 30 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Sarjana;

BIDANG YANG DITAWARKAN
Bidang-bidang pengajian dan peringkat pengajian yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (lnduk) Universiti Teknologi MARA adalah sepertimana yang diiklankan.

TATACARA PERMOHONAN

  1. Beli nombor pin eTPM dengan menggunakan nombor kad pengenalan di kaunter Bank Simpanan Nasional.
  2. Tempoh jualan pin eTPM adalah bermula 02 November 2015 hingga 16 November 2015.
  3. Harga nombor pin eTPM ialah RM 21.06 termasuk caj perkhidmatan BSN dan GST.
  4. Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian mulai 02 November 2015 melalui laman web http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm/.
  5. Permohonan yang tidak melalui Etpm TIDAK AKAN DIPROSES.
  6. Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak Iengkap tidak akan dipertimbangkan.
  7. Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 November 2015.

TEMUDUGA DAN KEPUTUSAN
Pemohon yang disenarai pendek akan melalui sesi temuduga yang akan diuruskan oleh pihak Fakulti. Keputusan temuduga ini akan disahkan oleh Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf (lnduk) Universiti Teknologi MARA dan keputusan ini adalah muktamad. Hanya calon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan keputusannya oleh Fakulti.

Related posts

Pendaftaran Kursus dalam Perkhidmatan | KPM

Cikgu Ayu dot My

Pengambilan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018 Dibuka Sekarang

Cikgu Ayu dot My

Iklan Permohonan Guru Ganti (KGSK)

Cikgu Ayu dot My

26 comments

miss n October 30, 2015 at 5:25 PM

Salam cikgu ayu..sy nk tnya kalau tersalah beli no.pin utk phd research tp sbnrnya sy nk beli no.pin etpm tu agaknya blh tukar x no.pin tu?sy baru terbaca yg no.pin etpm tu baru blh dibeli 2 nov ni.sy kna beli no.pin baru atau mcm mna?thanks in advance

Reply
Cikgu Ayu dot My
Cikgu Ayu dot My November 1, 2015 at 5:03 PM

Waalaikumussalam..
Sebolehnya beli yang baharu. 🙂

Reply
Ain December 21, 2015 at 12:22 PM

Assalamualaikum . Nak tanya . Untuk tahun 2016 , bila uitm buka untuk apply TPM peringkat Master ?

Reply
Aina cute gtuww November 2, 2015 at 9:44 AM

Ha-ha mmg org bank kadang confuse nak Jual no ape.. Kite ckp e-tpm dye ckp x pernah dgr lgi.citttt… Hri ni I bru gi Beli, dye ckp no pin e- tpm x de.. Dye ckp under uitm ade no pin untuj wat master/ phd… Kalu dye tnye e-tpm tu bwh ape.. Jwb under kementerian pelajaran Malaysia.. Bru jumpe.. TD nyaris terbeli no pin tuk wat master under uitm…

Reply
Hajar November 2, 2015 at 6:10 PM

Salam miss N,

Boleh jual kt saya.. 012 3012078.. Hajar

Reply
divaxxxl November 1, 2015 at 9:21 PM

Salam cikgu. No pin tu kena beli kat kaunter je ke or boleh beli guna atm je?

Reply
MARIAM November 2, 2015 at 11:29 AM

salam cikgu ayu..saya dah call bsn tntg pembelian etpm pin..tp diaorang bg tau tak da info..n tak da no pin di jual dgn harga 21.06..huhu..ke ada istilah yang saya tertinggal..thanks cikgu ayu..

Reply
Nurul November 4, 2015 at 8:01 PM

Salam cikgu…..kita kene apply phd dulu kat mana mana universiti dulu ke sebelum apply tpm.atau da dpt tpm baru apply…cmne ye…

Reply
Anon November 16, 2015 at 11:24 AM

Apply tpm ni…guna proposal…once dah berjaya tpm…pegi lah daftar mana2 u

Reply
ashikin November 5, 2015 at 1:44 AM

assalam puan.. sy bekas graduan ijazah sarjana muda.. nak tanya.. utk permohonan skim TPM ini, adakah wajib untuk menyambung pengajian sarjana (master) dlm bidang yg UiTM iklankan sahaja? sy difahamkan boleh jika mahu mengambil master di institusi lain.. jika boleh, mengapa di borang permohonan e-tpm tidak disediakan kolum utk institusi lain selain UiTM?

Reply
Anon November 16, 2015 at 11:26 AM

Boleh apply couse yg uitm iklankan je..once dah berjaya tpm ni…baru boleh daftar mana2 u yg berminat

Reply
Nik Raudah 01 November 5, 2015 at 9:22 AM

Assalammualaikum.. Cikgu Ayu, sy nak tanya. Saya pelajar ijazah muda perakaunan dan sedang menghabiskan praktikal di audit firm.Saya berminat utk menyambung pelajaran dalam bidang sarjana perakaunan. Boleh ke sy memohon biasiswa tpm ni sebelum saya graduate bln 9/2016? Selain biasiswa tpm ni, ada ke biasiwa lain yang boleh sy apply utk sambung master di uitm?

Reply
Nurhidayah November 5, 2015 at 12:10 PM

Salam, cikgu ayu sy semase sy beli no pin peg kaunter ckp ade dua jenis stu utk biasiswa lg stu jwtan pentadbiran. Mne stu yg sy patut beli ye?

Reply
fiz firaaz November 5, 2015 at 2:56 PM

cikgu ayu nk tnya… etpm ni hanya bagi calon yang ingin melanjutkan master atau phd ke? Jika yang sedang dalam pengajian mcm mna?

Reply
alia arifin November 6, 2015 at 10:14 PM

Assalamualaikum cikgu ayu.. sya pelajar sarjana muda dn akan jalani latihan industri pada februari sehingga jun 2016 dan tamat belajar pada julai 2016.. Layakkah saya memohon biasiswa ini bagi kemasukan sarjana tahun 2016

Reply
miss sha November 9, 2015 at 9:55 AM

Assalamualaikum cikgu says ada beberapa kemusykilan:

1. semasa kita membelui no pin yg perlu ke ada spesifikasi spt, untuk master research or mix mode?

2. jika kita apply TPM ni kte perlu sambung di uitm ke or boleh sambung kt mne2 u?

Reply
ira November 9, 2015 at 10:01 AM

Salam.. saya nak tanya..kalau mohon tpm.. kene terus cari tempat master ke.. atau lepas berjaya dapat tpm baru mohon nak sambung master mana..

Reply
HUDA November 10, 2015 at 11:42 AM

saya ingin menyambung pengajian dalam bidang master…sekiranya saya dipilih dan pada masa yg sama sya tidak dapat menyambung pengajian…adakah sya akan dikenakan sebarang tindakan?

Reply
Noor Ajeera November 10, 2015 at 1:02 PM

As salamualaikum wbt. Saya agak keliru tentang biasiswa tpm ini. Saya student lepasan Ijazah sarjana berminat untuk menyambung pengajian ke peingkat Master. Sekiranya saya mohon biasiswa ini, adakah saya mesti belajar di uitm sahaja?

Adakah pilihan kursus telah pun ditetapkan oleh uitm, dan saya tidak boleh memohon selain dari kursus yang telah ditetapkan?

Sekiranya saya bukan pelajar lepasan ijazah dari UITM, adakah saya tidak layak memohon? Terima kasih.

Reply
Shida November 13, 2015 at 12:39 PM

Huuuu…rezeki bsn le n penyucian harta…salah beli pin uitm..patut etpm..mmg bsn suruh beli yg baru…no pin yg salah beli tu xblh dijual sbb atas nama pembeli.

Serampang dua mata…so skrg ni boleh mohon etpm n yg biasa.

Reply
aida November 15, 2015 at 10:00 PM

Hai sy nk tnye. Sy bru je tau ttg TPM ni. So 16hb ttup pmohonan. Kalau esk masih sempat x?. Tq

Reply
Anon November 16, 2015 at 11:29 AM

Iklan ni terbuka pada sesiapa sahaja yg berminat…jurusan yg dipohon mestilah diiklankan oleh uitm sahaja..once dah berjaya tpm ni..bolehla daftar di mana2 u yg berninat.

Reply
Kinah January 2, 2016 at 12:35 PM

Assalam cikgu..saya nak tnye..dia kata dlm tempoh 6 bulan boleh tau kputusan kan..slalunye kalu candidate tu shortlisted dlm masa brapa bulan boleh tahu?

Reply
mira_aida April 11, 2016 at 12:50 PM

Assalam…saya nk tanye..kalau kptsn die klua, die akan sms or email kte ke cmne?atau kte kena cek thru website etpm?

terima kasih

Reply
Nabil Aiman October 31, 2017 at 12:32 AM

assalamualaikum..
ingin bertanya, masih adakah program ini?
saya ada bertanya di BSN tentang no PIN eTPM tetapi tidak dijumpai.
adakah no PIN yg saya minta salah? jika ya, apakah nama sebenar no PIN tersebut?

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.