≡ Menu

Muat Turun Grafik 15 Kata Majmuk Mantap yang Dieja Rapat

bahan, sudut bahasa melayu, kata majmuk, kad, bbm, tatabahasa

Kata majmuk merupakan gabungan/rangkaian dua/tiga perkataan yang merujuk kepada satu makna. Contohnya perkataan ‘bola’ dan ‘tampar’ yang dirangkaikan bersama akan merujuk kepada sejenis sukan/permainan (bola tampar). Pada kebiasaannya, gabungan perkataan ini akan dieja secara terpisah. Namun begitu, terdapat kekecualian terhadap 15 perkataan yang telah digolongkan dalam kategori kata majmuk mantap.

Saya sediakan grafik 15 kata majmuk mantap dengan resolusi dan saiz yang tinggi. Boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar atau bahan sudut mata pelajaran. Moga bermanfaat kepada semua. Sila klik dahulu grafik yang ingin anda muat turun sebelum anda simpan.

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Senarai kekecualian dalam bahasa Melayu termaktub dalam buku pegangan untuk tatabahasa bahasa Melayu iaitu Tatabahasa Dewan. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada rumus kekecualian,  yang ada cuma senarai kekecualian seperti yang  disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan, dinyatakan kekecualian kerana tidak mengikut rumus dalam Tatabahasa Dewan.

Kata Majmuk Mantapwarganegaratanggungjawabtandatangansuruhanjayasukarelasetiausahapesuruhjayaolahragamataharikerjasamakakitanganjawatankuasabumiputeraberitahuantarabangsa

{ 3 comments… add one }
  • Mohd Fauzul Abdul Rashid January 10, 2015, 11:37 PM

    Salam cikgu.. Ada 14 sahaja kata majmuk yang ada dalam ni.. Antarabangsa xada.. Hehehee.. Boleh buatkan ka? Xsabar nak lekat di kelas ni

    • Cikgu Ayu March 15, 2015, 9:12 AM

      Maaf, tercicir.. Saya sudah kemaskini. 🙂

  • selain tu x de ke

Leave a Comment